Hi! Welcome Back and Stay Tune! 2 hari rompak 6 restoran, kedai serbaneka - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

2 hari rompak 6 restoran, kedai serbaneka

perompak

PETALING JAYA: Penjenayah bersenjata yang cuba merompak sebuah restoran makanan segera KFC di Johor kelmarin disyaki telah merompak enam premis dalam tempoh dua hari.

Ia termasuk tiga restoran KFC dan dua kedai serbaneka.

Selain rompakan di restoran KFC di Taman Gaya, Ulu Tiram pada jam 7 malam Ahad lalu, perompak bersenjatakan pistol dan bertopi keledar itu terlebih dahulu telah merompak sebuah kedai serbaneka yang terletak sederet dengan restoran itu pada jam 2 pagi kelmarin.

Menurut laporan China Press, kes pertama berlaku pada jam 1 pagi Jumaat lalu di sebuah kedai serbaneka di Taman Bestari Indah, Ulu Tiram disusuli kes kedua setengah jam kemudian di sebuah restoran KFC di Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram.

Selepas berehat sehari, perompak terbabit disyaki memperhebatkan operasinya dengan merompak sebuah kedai serbaneka di Jalan Sasa 6, Taman Gaya, Ulu Tiram pada jam 2 pagi.

Sejam kemudian, dia dikatakan menyasarkan sebuah restoran KFC di Taman Setia Tropika, Johor Bahru sebelum sebuah lagi restoran KFC yang terletak di Jalan Sasa 6, Taman Gaya menjadi mangsanya pada jam 7 malam hari sama.

Menurut laporan akhbar itu, dua kedai serbaneka berkenaan disahkan mengalami kerugian dari segi wang tunai, manakala restoran KFC pula tidak mengalami sebarang kerugian.

Pada hari sama, sebuah restoran di Kota Tinggi juga dirompak kelmarin menyebabkan ia mengalami kerugian dari segi wang tunai, tetapi tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Menurut saksi, perompak bersenjata itu melarikan diri dengan menaiki motosikal yang ditunggang rakan sejenayahnya.





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1WOMIpE

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.