Arabisasi mampu hakis budaya Melayu
KUALA LUMPUR: Budaya Arab atau Arabisasi yang diikuti sesetengah orang Melayu di negara ini dikhuatiri akan menimbulkan masalah terhadap budaya orang Melayu.
Ketua Jabatan Pengajian Melayu Universiti Kebangsaan Singapura, Dr Syed Farid Alatas bagaimanapun berkata, perkara itu tidak akan mendatangkan masalah dari segi agama Islam.
Beliau berpendapat, Arabisasi yang melanda masyarakat Melayu kini mampu mengetepikan unsur-unsur budaya Melayu.
“Orang Melayu berjubah, berkopiah putih dan pakaian Malayu diketepikan. Masalah ini juga akan mengetepikan budaya Malayu dan Bahasa Melayu,” katanya ketika menjadi panel dalam dialog ‘Arabisasi Ka Salafi Ka Wahabi?’ malam tadi.
Dalam pada itu, seorang lagi panel dialog itu yang merupakan aktivis sosial, Datin Paduka Marina Mahathir mempersoalkan jika budaya Melayu tidak setanding budaya Arab.
“Sebab memang kebiasaan manusia kalau kita nak tunjuk kebudayaan kita kepada orang lain, kita akan ikut orang yang lebih baik.
“Tapi pada masa yang sama kita menganggap kebudayaan kita itu terkebelakang…Ini menjadi masalah sebab kalau kita ambil aspek-aspek Arab, adakah ini bermakna kita anggap budaya kita ini tak sama taraf?” soalnya.
Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1OK09Pl
Post a Comment