Hi! Welcome Back and Stay Tune! Diabetes punca kaki Fariz Musa dipotong - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Diabetes punca kaki Fariz Musa dipotong

fariz

PETALING JAYA: Setiausaha Pengelola PKR, Fariz Musa dilaporkan telah menjalani pembedahan memotong kaki kirinya sehingga ke paras lutut semalam akibat komplikasi daripada penyakit kencing manis.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyuarakan kesedihannya ketika melawat Fariz di hospital Ahad lalu.

“Ziarah Cikgu Fariz di Hospital Sultan Mizan tengah hari ini (semalam). Sedih melihat keadaan beliau yang derita akibat diabetes,” katanya menerusi catatan di Facebooknya kelmarin.

Wan Azizah juga berharap keluarga Ketua Koordinator Jingga 13 Malaysia itu bersabar atas ujian yang diberikan Allah.

“Terima kasih di atas kerjasama baik pihak hospital, harap Cikgu Fariz dan keluarga bersabar dengan urusan Allah. Moga dipermudahkan segala urusan,” ujar beliau lagi.

FMT sedang berusaha menghubungi Fariz dan beberapa pimpinan tertinggi PKR bagi mendapatkan perkembangan terkini keadaan beliau.

Menurut laporan KeadilanDaily sebelum ini, Fariz dimasukkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Wangsa Maju sejak 13 Mei lalu, selepas beliau terjatuh dalam bilik air rumahnya.





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1U7ozUo

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.