Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerajaan tubuh 6 jawatankuasa siasat pegawai terlibat rasuah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerajaan tubuh 6 jawatankuasa siasat pegawai terlibat rasuah

ali-hamsa_laporan_600_1

PUTRAJAYA: Kerajaan menubuhkan enam jawatankuasa siasatan khas bagi menyiasat 10 teguran punitif seperti yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara pada 18 Mei lalu.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa berkata siasatan itu melibatkan empat kementerian iaitu Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Jabatan Perdana Menteri.

“Siasatan ini bertujuan memperoleh keterangan yang relevan daripada aspek kesaksian dan keterbabitan pegawai dalam kes yang dilaporkan.

“Sekiranya wujud asas kukuh ada pegawai didapati melakukan salah laku atau kecuaian, maka tindakan tatatertib, surcaj atau pertuduhan jenayah di mahkamah akan dikenakan terhadap pegawai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi bersama media susulan laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2015 Siri 1.

Beliau berkata terdapat 751 teguran membabitkan 708 korektif dan 43 punitif dalam LKAN Tahun 2015 Siri 1.

Katanya, teguran korektif membabitkan penambahbaikan sistem dan prosedur manakala teguran punitif adalah penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, salah laku atau kecuaian pelaksanaan tugas.

“Sebanyak 43 teguran punitif membabitkan empat kementerian, dua Badan Berkanun Persekutuan, tujuh kerajaan negeri dan dua syarikat persekutuan.

“Kerajaan tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang bentuk penyelewengan dan salah laku dan akan memastikan tindakan tegas diambil,” katanya.

Sementara itu, beliau enggan mengulas lanjut berkenaan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas pegawai Kementerian Belia Sukan yang terlibat dengan rasuah.

Katanya, kes itu masih dalam siasatan dan memberi jaminan akan mengambil tindakan tegas terhadap pegawai yang terlibat.

Sebelum ini, SPRM menahan sembilan orang termasuk seorang setiausaha bahagian KBS yang dikatakan menerima rasuah berjumlah RM20 juta.





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1XPoNFs

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.