Hi! Welcome Back and Stay Tune! Curi syampu RM111.12, penganggur dipenjara 4 bulan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Curi syampu RM111.12, penganggur dipenjara 4 bulan

pencuri

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur yang mengaku bersalah mencuri lapan botol syampu bernilai RM111.12, dipenjara empat bulan selepas merayu supaya dihukum penjara kerana tidak mampu membayar denda.

Majistret Mohd Faizal Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Fairuz Othman, 34, dan memerintahkannya menjalani hukuman itu dari tarikh tangkap pada 20 Mei lepas.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Pasaraya Mydin Sinar Kota, Jalan Silang di sini pada 11.41 pagi, 20 Mei lepas mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Fairuz yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara kerana dia tidak mampu untuk membayar denda.

Timbalan Pendakwa Raya Farah Aimy Zainul Anwar memohon agar tertuduh dikenakan hukuman yang setimpal dan berbentuk pengajaran.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian seorang pengawal keselamatan melihat tertuduh memasukkan beberapa botol syampu ke dalam beg dan keluar tanpa membayarnya di kaunter.

– BERNAMA





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1XP0w2n

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.