Apple Menerima Paten Smart Cover Dengan Skrin Tambahan Dan Panel Lakaran Stylus
Seperti yang pernah kami laporkan sebelum ini, Smart Keyboard Apple untuk iPad tidak meniru Type Cover yang digunakan pada Microsoft Surface. Sebaliknya paten untuk papan kekunci boleh tanggal ini dimiliki oleh Apple dan difailkan pada tahun 2011. Microsoft sebenarnya menggunakan paten milik Apple bagi menghasilkan Type Cover mereka. Apple kini menerima beberapa lagi paten Smart Cover yang akan membawakan beberapa lagi fungsi baru apabila dipadankan dengan sebuah iPad.
Fungsi pertama ialah skrin tambahan pada permukaan Smart Cover. Skrin sesentuh tambahan ini boleh memaparkan maklumat notifikasi dan juga butang kawalan pemain media. Fungsi kedua ialah panel lakaran stylus seakan sebuah tablet Wacom. Pengguna boleh melakar pada panel ini dan lukisan akan terpapar pada skrin iPad. Paten ini difailkan pada tahun 2012 dan hanya diberikan minggu ini.
Seperti biasa paten yang difailkan tidak bermaksud ia akan dihasilkan secara komersial. Sistem panel lakaran stylus seakan Wacom yang dipatenkan kini sudah ketinggalan zaman kerana pengguna kini boleh menggunakan Apple Pencil untuk melakar terus pada skrin iPad Pro.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/1URpKfC
Post a Comment