Mangsa bunuh saling mengenali
PETALING JAYA: Dua lelaki yang ditemui mati dalam but dua kereta berlainan pada minggu lalu saling mengenali antara satu sama lain, kata polis.
Malay Mail Online melaporkan polis bagaimanapun masih belum mengenal pasti kaitan antara kedua-dua mangsa berkenaan – Saravanan Gopal, 29, dengan seorang lagi, selain motif di sebalik pembunuhan kejam mereka.
Mayat Saravanan ditemui dalam but kereta BMW yang ditarik keluar dari lombong tinggal di Puchong pada Ahad lalu.
Bedah siasat mendapati dia ditembak di kepala dan dada.
Sementara itu, satu lagi mayat ditemui di dalam but kereta Honda Accord yang rentung terbakar di Hulu Langat, Khamis lalu. Mangsa turut ditembak di bahagian kepala.
Kereta berkenaan didaftarkan atas nama R Mathialagan, 43.
Polis setakat ini menahan tujuh suspek bagi membantu siasatan berhubung pembunuhan Saravanan, termasuk dua warga Bangladesh yang bekerja berhampiran lombong di mana keretanya ditemui.
Lima lagi suspek, semua rakyat tempatan, dipercayai mengenali kedua-dua mangsa.
Portal berita itu semalam dalam laporannya, memetik sumber berkata dua pembunuhan itu mungkin ada kaitan dengan dadah dan perbalahan berebut kawasan antara dua geng.
Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1T3xdH8
Post a Comment