Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polis Hina Sarawak, Minta Maaf Pada Pengguna Facebook - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polis Hina Sarawak, Minta Maaf Pada Pengguna Facebook



KUCHING: Seorang anggota Polis yang memuat naik kenyataan menghina rakyat Sarawak berikutan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN -11) pada sabtu lalu akhirnya tampil meminta maaf kepada pengguna Facebook.

“ASALAMUALAIKUM ....disini saya mengambil kesempatan kepada pengguna FB semua untuk memohon maaf diatas kesilapan saya membuat komen yg agak keterlaluan tempoh hari ..DEMI ALLAH saya tiada niat langsung untuk menghina atau memperkecilkan sesuatu kaum dinegara kita .saya amat menyesali nya ...jutaan maaf saya pohon .terima kasih .” katanya menerusi akuan Facebook.


Pemilik akaun Facebook Khamis Khasdan, yang dipercayai seorang anggota polis berpangkat Sarjan pada Ahad menyifatkan orang Sarawak belum mampu menilai dengan betul kerana masih mundur dan pakai cawat sehingga tersalah undi, menyebabkan BN meraih kemenangan besar.

“Org Sarawak masih pakai cawat…. tu yg salah pangkah, …kijammmm,” katanya


Ironi, pemohonan maaf yang dimuatnaik semalam sekadar ditujukan kepada pengguna Facebook meskipun kenyataan tersebut telah mencetus kemarahan dikalangan rakyat Sarawak.

Bagaimana pun, maklumat yang berlegar di aplikasi whatsapp menyatakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memanggil satu prosiding tatatertib terhadap anggota yang berasal dari Johor itu. - Sarawakiana


Sumber : http://www.sarawakiana.net/


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.