Hi! Welcome Back and Stay Tune! Peranti Android Mungkin Diharamkan Penjualannya Di Amerika Kerana Melanggar Paten Milik Creative - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Peranti Android Mungkin Diharamkan Penjualannya Di Amerika Kerana Melanggar Paten Milik Creative

Sebuah lagi kes saman pagi ini kali ini melibatkan peranti Android. Creative Technology, syarikat yang terkenal dengan kad audio SoundBlaster dan pemain MP3 Nomad suatu ketika dahulu memfailkan saman yang boleh menyebabkan beberapa peranti Android diharamkan penjualannya di Amerika Syarikat. Mengikut syarikat yang berpangkalan di Singapura ini, peranti keluaran HTC, ZTE, Sony, Blackberry, LG, Lenovo/Motorola dan Samsung.

Creative-Mp3-ipodPaten yang didakwa dilanggar ialah antaramuka pemain muzik yang digunakan pada peranti keluaran tujuh pengeluar di atas. Mereka memegang paten bagaimanakah kandungan muzik dan album dipaparkan pada pemain muzik. Creative sudahpun memfailkan aduan kepada Suruhanjaya Perdagangan Antarabangsa Amerika Syarikat (ITC) bagi menghalang penjualan peranti-peranti ini sehingga bayaran yang setimpal atas penggunaan paten diterima. Pada tahun 2006 mereka pernah menyaman Apple atas isu yang sama dan menerima $100 Juta (~RM 405 Juta ) untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah.

 



Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/1Wn7An0

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.