Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dr Vida cadang beli saham Rayani Air - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dr Vida cadang beli saham Rayani Air



dato-vida

PETALING JAYA: Selepas The Red Warriors, Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman sedang mempertimbangkan untuk membeli saham dalam Rayani Air yang dipalit masalah kewangan.

Jutawan kosmetik itu yang lebih dikenali sebagai Dr Vida memberitahu Utusan Malaysia bahawa ia kerugian besar jika syarikat penerbangan patuh syariah yang pertama di negara ini ditutup, memandangkan Rayani Air juga mempunyai penerbangan ke Kelantan.

“Ramai rakyat Kelantan bekerja di Lembah Klang dan bila Rayani Air ditutup mereka kurang satu lagi pilihan untuk menggunakan perkhidmatan penerbangan.

“Sekiranya kena dengan harga, apa salahnya saya mengeluarkan sedikit perbelanjaan untuk membeli saham-saham Rayani Air,” katanya kepada akhbar itu semalam.

Dr Vida berkata, beliau sedang menilai saham Rayani Air dan akan menemui pemiliknya bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarikat itu.

Jelasnya, faktor utama beliau tertarik kepada Rayani Air disebabkan konsep patuh syariah yang diamalkan syarikat berkenaan, tambahan pula industri penerbangan mempunyai prospek besar dan beliau bercadang mengembangkan perniagaan dalam bidang lain.

Operasi penerbangan Rayani Air digantung selama tiga bulan berkuat kuasa 11 April lalu kerana gagal mematuhi peraturan ditetapkan Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

Sepanjang tempoh penggantungan sementara itu, DCA akan melakukan audit pengurusan serta keselamatan ke atas Rayani Air.

Pemilik Rayani Air, Ravi Alagendrran dilaporkan sebagai berkata, beliau sedia melepaskan 51 peratus pegangan sahamnya kepada pelabur baru dengan syarat syarikat itu perlu kekal patuh syariah walaupun selepas bertukar tangan.

Ravi berkata, kekurangan dana antara faktor utama Rayani Air dilanda masalah sehingga berlaku mogok oleh juruterbang dan kakitangan yang mengancam akan menyaman Rayani Air jika tidak membayar tunggakan gaji mereka.



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1Ta2iYv

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.