Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ada bonus untuk Aidilfitri ini? Belum pasti, kata Putrajaya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ada bonus untuk Aidilfitri ini? Belum pasti, kata Putrajaya

Kerajaan sedang meneliti kedudukan kewangan sebelum memberi imbuhan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan menjelang Hari Raya Aidilfitri. — Foto AFP PASIR PUTEH, 4 Jun — Kerajaan belum membuat keputusan berhubung imbuhan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan sebagai persiapan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri awal Julai depan.

Ketua setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata kerajaan sedang meneliti pelbagai aspek terutama kedudukan kewangan sebelum membuat keputusan mengenainya.

“Sehingga hari ini tiada sebarang keputusan dibuat (berhubung pemberian imbuhan kepada kakitangan awam dan pesara),” katanya kepada pemberita pada majlis Program Transformasi Komuniti Bergerak Orang Kampung Selising yang dirasmikan Anggota Dewan Undangan Negeri Selising, Zulkifli Ali, di sini hari ini.

Khamis lepas, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyatakan hasrat untuk bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan pemberian bonus raya sebulan gaji kepada 1.6 juta penjawat awam menjelang Aidilfitri ini.

Mohd Irwan berkata terserah kepada perdana menteri untuk membuat keputusan sama ada bersetuju atau tidak untuk memberi imbuhan itu berasaskan kemampuan kewangan kerajaan.

Beliau menafikan laporan di laman sosial, terutama Facebook, yang menyatakan kononnya kerajaan bersetuju membayar imbuhan sebanyak RM500 kepada setiap kakitangan awam dan pesara menjelang Aidilfitri ini.

Dalam perkembangan lain, Mohd Irwan berkata sebuah Pusat Tranformasi Bandar (UTC) di Kota Baru bernilai RM30 juta akan dibuka pada bulan Ramadan ini.

UTC itu, katanya, mula dibina Januari lepas dan kini 95 peratus siap dibina.

“Perdana menteri dijangka merasmikan UTC itu selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri kelak,” katanya. — Bernama  



from Malay Mail Online | All http://ift.tt/1r6EhYu

via Mukah Pages

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.