Hi! Welcome Back and Stay Tune! Doktrin ekonomi negara perlu diubah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Doktrin ekonomi negara perlu diubah

Doktrin-negara

SHAH ALAM: Doktrin ekonomi negara perlu diubah sepenuhnya kerana ia tidak mampu membantu rakyat menempuhi kos sara hidup yang kian mendesak, apatah lagi membasmi kemiskinan, kata pengasas bersama kumpulan pendesak Blindspot, Azlan Awang.

Beliau berkata, ekonomi negara perlu menjurus kepada usaha meningkatkan jumlah permintaan isi rumah berbanding tumpuan kepada eksport, keuntungan dan pelaburan.

“Sangat penting bagi kita untuk tingkatkan permintaan isi rumah dengan meningkatkan pendapatan rakyat.

“Dalam banyak ketika pun, inilah (perbelanjaan domestik) yang menyelamatkan ekonomi negara (ketika krisis),” katanya ketika berucap pada forum ‘Kemiskinan di kalangan orang Melayu – Analisis dan Penyelesaian’ sempena Kongres Parti Sosialis Malaysia (PSM) ke-18, hari ini.

Beliau juga memetik laporan Khazanah Research Institute yang menyatakan 74% isi rumah di Malaysia berpendapatan kurang RM6,000 sebulan, yang menurutnya berisiko untuk merosot ke jurang kemiskinan.

Timbalan pengerusi Bantah-TPPA itu berkata tumpuan kepada pembahagian kekayaan negara yang saksama bukan sekadar isu moral, tetapi asas kepada ekonomi.

“Jika kekayaan negara turut sampai kepada golongan bawah, ini akan meningkatkan kemampuan mereka dan sekali gus merangsang ekonomi negara.

“Pada masa ini kerana mahu tingkatkan jumlah eksport ke luar negara, masalah masyarakat dilupakan. Program kerajaan secara keseluruhan tidak menangani masalah kumpulan berpendapatan isi rumah 40% terendah.

“Sistem ekonomi yang membiarkan majoriti rakyat susah dan tidak selamat adalah sistem yang gagal,” katanya.





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1r6HFCP

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.