Hi! Welcome Back and Stay Tune! PRK: Dr M sokong calon AMANAH - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PRK: Dr M sokong calon AMANAH

zaid-ibrahim-mahathir

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyokong calon AMANAH dalam PRK berkembar, kata bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim.

“Oh! Sudah pasti beliau sokong AMANAH. Beliau sudah pun mula berkempen,” katanya ketika ditanya sama ada Mahathir patut menyokong PAS atau AMANAH dalam PRK berkenaan.

PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar akan diadakan pada 18 Jun.

AMANAH meletakkan guru agama yang juga ahli perniagaan Azhar Abdul Shukur sebagai calonnya di PRK Sungai Besar.

Sementara di Kuala Kangsar, AMANAH meletakkan Prof Dr Ahmad Termizi Ramli yang juga seorang saintis.

Zaid berkata beliau ada bertemu penasihat DAP Lim Kit Siang untuk berbincang mengenai rancangan meninggalkan PKR dan membentuk pakatan baharu dengan AMANAH.

“Saya ada bertemu beliau. Kita bersembang. Saya bukan menasihati dia. Kami hanya berbincang mengenai senario politik,” kata Zaid.

“Beliau ahli politik yang berpengalaman. Saya tidak layak menasihatinya. Tetapi kami bercakap mengenai hal lain,” katanya ketika ditanya sama ada beliau bertemu Kit Siang untuk mengajaknya bergabung dengan AMANAH.

Selepas PRN Sarawak, Zaid dilaporkan keluar makan bersama Kit Siang dan memberitahunya tiada keperluan untuk bergabung dengan PKR.

Ini kerana beliau berpendapat pakatan itu tidak berkesan dalam PRU13 dan PRN Sarawak.

Dua kerusi Parlimen berkenaan kosong susulan kematian Ahli Parlimen Sungai Besar Datuk Noriah Kasnon dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei.





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1WzVWpk

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.