Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pedofil: 6 NGO buat laporan polis terhadap Richard Huckle - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pedofil: 6 NGO buat laporan polis terhadap Richard Huckle

Richard-Huckle

KUALA LUMPUR: Enam NGO hari ini membuat laporan polis menggesa supaya siasatan terperinci dijalankan terhadap pedofil warga British Richard Huckle yang mengaku salah atas pelbagai tuduhan mencabul kanak-kanak Malaysia.

NGO berkenaan ialah Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia, Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia, Akhlak Rahsia Cekal, Gerak Kerja Gabungan Ayahanda Selangor serta kumpulan Kipidap.

Mewakili semua NGO itu, Presiden MJMM Datuk Abdul Rani Kulup Abdullah berkata jenayah dilakukan Huckle sebagai melampau kerana ia boleh menyebabkan trauma, sekali gus merosakkan masa depan mangsa yang rata-rata berusia di bawah 12 tahun.

Beliau berkata kumpulan NGO itu juga meminta polis mengesan semua kanak-kanak yang menjadi mangsa Richard, selain menyeru keluarga mangsa tampil membuat laporan polis.

“Apa yang kami faham, kami kumpulan pertama yang membuat laporan polis terhadap Richard, jadi kami mohon keluarga untuk berani tampil bagi bantu siasatan,” katanya selepas membuat laporan polis bersama kesemua NGO itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini.

Hukuman terhadap Richard, 30, dijangka dijatuhi Isnin ini selepas prosiding mahkamah terhadap beliau bermula Rabu lepas di London.

Sebanyak 91 pertuduhan dikenakan terhadapnya yang mengaitkan 23 kanak-kanak kebanyakannya daripada komuniti miskin di Kuala Lumpur. Dia mengaku bersalah terhadap 71 pertuduhan.

Media British melaporkan Huckle, seorang jurugambar bebas yang berada di Malaysia dari 2006 sehingga 2014, mungkin mencabuli sehingga 200 kanak-kanak berusia di antara enam bulan dan 12 tahun.

-BERNAMA





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1UnR14m

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.