Hi! Welcome Back and Stay Tune! Aplikasi kongsi kenderaan Teksi2Go uja industri teksi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Aplikasi kongsi kenderaan Teksi2Go uja industri teksi

teksi_600

PETALING JAYA: Aplikasi kongsi kenderaan terbaharu akan dilancarkan Ogos depan bagi membantu pemandu teksi berdepan cabaran Uber dan Grab.

Aplikasi Teksi2Go menjanjikan perkhidmatan dan pakej yang lebih baik untuk pengguna dan terbuka kepada pemandu teksi tempatan yang mempunyai rekod yang baik.

Aplikasi itu dibangunkan oleh saintis warga India, Varad Kumaravelu dan perkhidmatan diusahakan oleh Cab Auto Bus Sdn Bhd (CAB).

Pengerusi Eksekutif CAB, Tengku Hasmadi Tengku Hashim berkata aplikasi itu memuatkan pelbagai ciri-ciri keselamatan dan mesra pengguna bagi memenuhi keperluan gaya hidup rakyat Malaysia.

“Ia menawarkan pakej berbeza yang sesuai untuk para pelajar, syarikat bahkan pelancong.

“Syarikat swasta serta jabatan kerajaan juga boleh meminta kakitangan menggunakan aplikasi ini dan untuk kemudahan mereka, kita boleh invois perjalanan kakitangan terus kepada pihak pengurusan, sekiranya perlu.

“Kemudahan ini akan memudahkan kerja jabatan sumber manusia,” katanya di majlis tandatangan antara syarikat dan persatuan-persatuan teksi di Subang Jaya.

Tengku Hasmadi berkata CAB hanya akan mengambil komisen 50 sen setiap perjalanan daripada para pemandu.

Aplikasi ini juga membolehkan perkongsian kenderaan untuk jumlah penumpang yang ramai bagi setiap satu teksi, untuk kegunaan pekerja pejabat dan para pelajar.

Beliau berkata para pelajar digalakkan untuk mendaftar kerana mereka boleh diambil dan diturunkan dengan lebih mudah ketika berulang-alik dari sekolah.

“Setiap teksi juga dilengkapi dengan kemudahan WiFi dan peranti tablet 9 inci,” katanya.

Tablet akan diletakkan di bahagian visor untuk penumpang kerusi hadapan, dan akan memaparkan lokasi menarik untuk dikunjungi seperti tempat makan dan acara-acara menarik.

“Selain itu, tablet ini akan merakam bunyi yang kuat daripada penumpang, yang akan dihantar kepada pusat panggilan kami untuk disiasat sekiranya perlu.

“Kemudahan ini akan memberi ketenangan kepada ibu bapa,” katanya.

CAB merancang untuk menjana pendapatan melalui pengiklanan maklumat di tablet.

Tengku Hasmadi berkata pemandu teksi juga akan memiliki ekuiti 10 peratus dalam CAB.

Syarikat juga akan menubuhkan sebuah yayasan untuk membantu keluarga teksi dikala kecemasan dan memberikan bantuan pendidikan untuk anak-anak mereka. Terdapat kira-kira 37,000 pemandu teksi di Lembah Klang.

Teksi2Go akan memulakan operasi di Lembah Klang pada 1 Ogos dengan 5,000 pemandu teksi berdaftar sebelum meluaskan perkhidmatan mereka ke Pulau Pinang, Johor Bahru, Melaka, Seremban, Kuantan dan negara-negara Asean lain.

“Kami telah mengambil masa 18 bulan untuk rekaan dan menguji aplikasi ini, dengan pelaburan sehingga RM1 juta setakat ini,” kata Tengku Hasmadi.

Beliau menambah mereka mahu meluaskan perkhidmatan mereka ke Indonesia dan negara-negara jiran dalam masa dua tahun.

EXCO Selangor, Teng Chang Khim berkata Unit Perancang Ekonomi Negeri telah diminta untuk mengkaji kemungkinan mewajibkan penjawat awam menggunakan teksi sahaja semasa waktu bekerja.

“Ini bagi mengurangkan kesesakan trafik di Selangor. Mereka sedang mengkaji samada ia boleh dilaksanakan dan dibolehkan oleh kerajaan atau tidak,” kata Chang Khim.





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1UzSo4p

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.