Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Saya toleh belakang, Chickaboo dah takda’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Saya toleh belakang, Chickaboo dah takda’

chikaboo

SEMENYIH: Sehari selepas meredah lebuhraya paling sibuk di Malaysia, burung unta yang mencuit hati segenap rakyat Malaysia kini kembali kesunyian di sebuah ladang yang terletak di sebuah kawasan pedalaman di Semenyih, Selangor.

Namun, di sebalik suasana aman kawasan ini, pemilik burung unta bernama Chickaboo itu masih cemas memikirkan apa yang berlaku 24 jam sebelum itu di tengah-tengah Lebuhraya Persekutuan.

Ditemui petang tadi, Darren Chow, seorang konsultan haiwan, berkata beliau menempatkan Chickaboo di bahagian belakang keretanya ketika membawa burung itu ke ladang Ostrich Wonderland di Semenyih.

“Saya punya tabiat, bila memandu apabila jalan sesak dan kereta berhenti, saya mesti tengok belakang.

“Kali terakhir saya toleh, selepas dua-tiga minit, saya toleh lagi, Chickaboo dah takda.

“Saya turun kereta dia tak ada. Kemudian dalam jarak 300 meter, saya lihat orang ramai mengekorinya,” katanya menceritakan saat cemas itu kepada FMT.

Darren berkata, haiwan berkenaan yang mampu lari 30 km/j itu lari sejauh 3km sehingga ia ditemui berhadapan pusat beli belah Mid Valley Mega Mall.

“Saya amat bersyukur apabila ada pasangan India dan dua orang lelaki Melayu menolong menangkap Chickaboo,” katanya.

Katanya, selepas kejadian itu, beliau menunggu sehingga waktu malam kerana bimbang Chickaboo lari lagi.

Darren berkata dia memindahkan Chickaboo itu ladang burung unta di Semenyih selepas mendapat notis Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dua minggu lalu memindahkan haiwan itu dari rumah banglo yang didudukinya.

“Jiran juga mengadu saya membela Chickaboo. Tetapi membela burung unta tak salah,” katanya.

Burung unta bukan dikategorikan haiwan dilindungi.

“Saya bertanya kepada MBPJ apa kesalahan yang dilakukan tetapi mereka tak dapat memberikan alasan berhubung perkara itu,” katanya.

Sementara itu, pemilik ladang, Casey Teh berkata Chickaboo akan ditempatkan di sebuah kurungan khas supaya membolehkan orang ramai melihatnya dengan lebih dekat.





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1UcWxaP

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.