Hi! Welcome Back and Stay Tune! BN lapor polis dakwaan Mastura terima ‘derma’ RM500,000 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

BN lapor polis dakwaan Mastura terima ‘derma’ RM500,000

zambry-mastura

KUALA KANGSAR: Barisan Nasional (BN) hari ini membuat satu laporan polis berhubung dakwaan calon parti mereka di kerusi Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid menerima derma RM500,000.

“Satu tuduhan liar terhadap calon BN, Datin Mastura telah disebar di laman sosial dan aplikasi Whatapps. Tuduhan itu memaparkan wajah Mastura dengan sekeping cek bernilai RM500,000 dan menunjukkan dia (Mastura) seperti menerima cek bayaran itu dari sebuah firma guaman,” kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau menganggap penyebaran tuduhan itu sebagai langkah terdesak pihak tertentu. Kuala Kangsar menyaksikan pertembungan empat penjuru melibatkan BN, PAS, Amanah dan seorang calon bebas. Pencalonan Mastura sebelum ini mendapat bantahan daripada ahli Umno sendiri.

“Satu gambar juga beserta cek itu juga turut dikaitkan dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor,” katanya dalam satu sidang media khas di Safari Resort.

Zambry berkata demikian setelah menerima maklumat bahawa terdapat satu percubaan jahat yang dilancarkan pihak tertentu bagi memburukkan calon BN.

Beliau percaya tuduhan ini merupakan cubaan pihak tertentu untuk memburukkan calon BN. Pengundi Kuala Kangsar akan membuang undi esok.

“Kita terpaksa membuat laporan polis. Kita tidak mahu menuduh sesiapa. Kita biarkan polis menjalankan siasatan.

“Kita harap polis dapat mengesan penyebar fitnah jahat itu dan mengambil tindakan yang tegas,” katanya.





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1Py2WeI

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.