Hi! Welcome Back and Stay Tune! Australia kaji balik visa pendakwah gesa bunuh golongan homoseks - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Australia kaji balik visa pendakwah gesa bunuh golongan homoseks

Farrokh Sekaleshfar

SYDNEY: Australia hari ini mengambil langkah mengkaji semula visa lawatan seorang pendakwah Islam dari Britain yang pernah melawat Orlando, AS, di mana beliau pada 2013 menggesa golongan homoseksual dibunuh.

Farrokh Sekaleshfar, seorang sarjana Islam beraliran Syiah, kini sedang dalam siri ceramah di sebuah pusat Islam di Sydney.

Pada 2013, Sekaleshfar ketika berucap di Michigan, berkata di dalam masyarakat Islam, golongan homoseksual yang terlibat amalan seks sejenis perlu dihukum bunuh.

“Atas dasar kasihan, mari kita hapuskannya sekarang, kerana dia mencemar masyarakat,” katanya menurut rakaman ucapan beliau yang dimuatnaik online.

Bagaimanapun, tidak pasti sama ada komen beliau ada kaitan dengan peristiwa tembakan di Orlando Ahad lepas oleh seorang warga Amerika beragama Islam, yang meragut 49 nyawa, di sebuah kelab yang dikunjungi komuniti LGBT.

Semalam, Sekaleshfar memberitahu Reuters beliau mengutuk serangan di Orlando itu sebagai satu bentuk keganasan yang kejam.

Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull, hari ini berkata beliau langsung tidak akan bertolak ansur dengan mereka yang datang ke Australia bagi menyemai kebencian, dan kerajaannya sedang mengkaji visa Sekaleshfar.

Sekaleshfar berkata komennya pada 2013 dipetik di luar konteks ketika memberikan ucapan mengenai topik undang-undang Islam dan homoseksualiti.

Menurutnya, ia tidak bermakna siapa-siapa sahaja boleh menjalankan hukuman bunuh.

Dalam ucapannya pada 2013, Sekaleshfar berkata: “Tidak ada apa-apa yang perlu malu. Hukumannya adalah bunuh.





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1PZN3U3

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.