Kes rogol remaja berkumpulan: Penjawat awam positif syabu
PETALING JAYA: Penjawat awam yang ditahan kerana dipercayai terbabit dalam kes merogol seorang remaja secara bergilir-gilir di Pulau Tioman disahkan positif syabu.
Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Muhammad Aidil Roneh Abdullah yang dipetik China Press sebagai berkata, sampel DNA suspek berusia 26 tahun itu telah dihantar untuk dianalisis.
Penjawat awam itu menyerah diri di Balai Polis Pulau Tioman pada jam 10.30 malam Sabtu lalu atas arahan pegawai atasannya dan reman tiga harinya berakhir hari ini.
Jelasnya, terpulang kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk memutuskan jika mahu melanjutkan reman suspek terbabit.
Beliau berkata, hasil siasatan mendapati dia memohon menjadi penjawat awam sejurus menamatkan pengajian dan telah dihantar bertugas di Pulau Tioman kira-kira setahun setengah lalu.
Sehingga kini, lima lelaki dan seorang wanita yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes merogol gadis berusia 16 tahun itu telah dibebaskan dengan jaminan polis.
Ia susulan seorang pelajar tingkatan empat yang bekerja secara sambilan di jeti Kampung Tekek, Pulau Tioman mendakwa diberikan dadah sebelum dirogol secara bergilir-gilir antara Mac hingga Mei tahun ini oleh lima lelaki, termasuk beberapa pengawal keselamatan dan seorang anggota Jabatan Kastam.
Gadis itu turut mendakwa dia dirogol dan didera secara seksual oleh dua beradik yang merupakan jirannya.
Susulan itu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berikrar tidak akan melindungi mana-mana individu yang terbabit dalam kes itu dan mereka yang didapati melindungi pelaku itu akan dikenakan tindakan tegas.
Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1tnFEDC
Post a Comment