Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Saya Seperti Hidup Semula” Kata² SYUKUR Ameng Spring Sebaik Dibebaskan !!! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Saya Seperti Hidup Semula” Kata² SYUKUR Ameng Spring Sebaik Dibebaskan !!!

“Saya Seperti Hidup Semula” Kata² SYUKUR Ameng Spring Sebaik Dibebaskan !!! |Kluang: “Syukur Alhamdulillah semuanya sudah selesai. Saya seperti hidup semula, malah apa yang anda lihat ini adalah Ameng yang baru, ” kata vokalis kumpulan Spring Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 48.

Penyanyi kumpulan Spring, Wan Aminuddin Wan Ismail atau Ameng Spring kelihatan ceria bersama isteri, Sabariah Zakaria (kiri) dan anaknya Wan Ammar Haikal selepas dibebaskan daripada Penjara kluang, Johor. - Foto Syarafiq Abd SamadPenyanyi kumpulan Spring, Wan Aminuddin Wan Ismail atau Ameng Spring diiringi Pengarah Penjara Kluang, Zawari Abd Rashid (dua dari kanan) melambai tangan selepas menjalani hukuman penjara 5 tahun di Penjara kluang atas kesalahan dadah. - Foto Syarafiq Abd Samad

Selepas lima tahun dipenjarakan Ameng akhirnya dibebaskan dari Penjara Kluang 12.15 tengah hari tadi.

Pembebasan Ameng disambut oleh isterinya Sabariah Zakaria, 46, bersama anak tunggalnya Wan Amar Haikal, 9, dihadapan pintu utama penjara.

Malah, sejurus dibebaskan Ameng kelihatan sebak dan mengalirkan air mata terharu sebaik melihat kehadiran keluarganya yang setia menunggu tarikh penting berkenaan.

Menurut Ameng, pengalaman dipenjarakan selama lima tahun empat bulan banyak mengajarnya mengenai erti kehidupan, malah hukuman perit yang dijatuhkan membuatkan dia insaf dan amat menyesal.

“Cukuplah dengan Ameng yang lama kerana kehidupan baru perlu diteruskan.

Saya menyesal dan insaf malah sebak lebih-lebih lagi melihat kesetiaan isteri dan anak yang menyayangi saya sepenuh hati dan tidak pernah sekali pun pernah melupakan saya.

“Hidup dan mati saya selepas ini hanya untuk keluarga,” katanya yang akan pulang ke rumah keluarganya di Melaka bagi meneruskan Ramadan dan menyambut lebaran nanti.

Ameng sebelum ini dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Melaka pada 12 April 2011 atas tiga kesalahan termasuk dua kes memiliki dadah.

Namun hukuman itu dipendekkan berikutan kelakuan dan disiplin cemerlang yang ditunjukkannya.

P.S. 1 – Baru Masuk Islam.. Respons Majikannya Buat Dr Zakir Naik PILU !!!
P.S. 2 – Wartawan The Star Dedah BAHAYA Minum Dari Mesin Air Layan Diri Yang Ramai TAK TAHU !!!
P.S. 3 – Kahwin Suami ALIM Di Depan. Rupa-rupanya Malam Itu Suami Saya Sanggup Kunci Pintu Kerana…….
P.S. 4 – Isu D’Herbs KFA… Ini Luahan Warga Pokok Sena Yang Buat Ramai Tumpang SEDIH !!!
P.S. 5 – PANAS….Inilah Pendedahan TERBARU DS Mukhriz Mahathir Tentang Isu 2.6b Yang Buat Ramai Ahli UMNO TERKEJUT !!!

The post “Saya Seperti Hidup Semula” Kata² SYUKUR Ameng Spring Sebaik Dibebaskan !!! appeared first on MY BERITA VIRAL.



from MY BERITA VIRAL http://ift.tt/236zSmn

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.