Tiada salahnya PM beri RM500 pada penoreh getah – SPR
KUALA KANGSAR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menganggap bantuan khas RM500 yang diberikan kepada 307,770 pekebun kecil, pemilik dan pengusaha getah seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa kempen PRK di Kuala Kangsar tidak salah.
Ahli SPR Datuk Abdul Aziz Khalidin berkata begitu juga dengan parti dalam komponen lain seperti MCA dan Gerakan yang mengagihkan beras kepada pengundi serta pembangkang memberi penyokongnya sawi dilihat masih tidak melanggar peraturan.
“Itu perlu lihat daripada aspek kempen pilihan raya masing-masing. SPR menjalankan pilihan raya mengikut peraturan yang sedia ada.
“Terpulang kepada tafsiran ahli politik masing-masing. Kita tidak nampak apa-apa masalah pun setakat ini. Tak nampak apa-apa yang melanggar peraturan pun,” katanya ketika ditemui di Kuaters polis di sini hari ini.
Najib sebelum ini mengumumkan bantuan khas kejatuhan harga getah sebanyak RM194 juta kepada pekebun kecil yang layak di Kuala Kangsar.
Najib berkata jumlah tersebut akan diberikan kepada seramai 388,111 orang pekebun kecil yang layak akibat kejatuhan harga getah di pasaran.
Sementara itu, SPR menyasarkan 80% pengundi awal membabitkan 312 anggota polis dan pasangan di Parlimen pengundi Kuala Kangsar keluar mengundi hari ini.
“Undi awal hari ini melibatkan anggota polis, pasukan Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan masing-masing.
“Saya harap sehingga jam 5 petang ini, jangkaan kita 80%. Tetapi harap 100% turun mengundi,” katanya.
Dua pengundian awal dibuka di Kuala Kangsar iaitu Dewan Tun Salleh Ismael, Kompleks Perumahan Polis, Ibu pejabat Daerah Kuala Kangsar dan Bilik Mesyuarat Balai Polis Manong.
Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1XmBDvx
Post a Comment