Bos AirAsia mahu nama klia2 ditukar kepada LCCT2
SHAH ALAM, 11 Jun — Nama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) mahu ditukar kepada Terminal Penerbangan Tambang Murah 2 (LCCT2) tidak lama lagi.
Tan Sri Tony Fernandes berkata nama baharu itu penting bagi memperkenalkan nilai terbaik lapangan terbang tambang murah tersebut kepada dunia.
“Penukaran kepada LCCT2 itu amat perlu apabila ramai penumpang dari Singapura didapati datang ke Kuala Lumpur dan terbang ke India dengan menaiki pesawat AirAsia.
“Kita mahu memanggil LCCT2 kerana ia kos rendah dan tambang murah selain membawa makna sambungan tambang rendah.
“Kami mahu menarik orang ramai ke ibu negara dengan perkhidmatan itu,” kata ketua pegawai eksekutif kumpulan AirAsia Bhd seperti dilaporkan Harian Metro hari ini.
We also going to start calling klia2 Lcct 2 . So the world knows the best value fares are in Lcct 2 to connect yu to the world.
— Tony Fernandes (@tonyfernandes) June 9, 2016
Tony berkata cadangan itu akan dimaklumkan kepada Kementerian Pengangkutan bagi membolehkan nama itu digunakan.
Katanya, AirAsia mahu menggunakan nama itu kerana 90 peratus kos operasi datang daripada mereka sendiri.
Syarikat tersebut akan melancarkan kempen penjenamaan untuk mempromosikan klia2 sebagai “hab tambang murah Asia - satu hentian untuk semua destinasi di Asia”, tweet Ton pada 8 Jun.
“Kami juga akan mula memanggil klia2 sebagai LCCT2 agar dunia tahu nilai tambang terbaik hanya di LCCT2 untuk menghubungkan anda ke serata dunia,” tweetnya lagi.
from Malay Mail Online | All http://ift.tt/1U0FZTl
Post a Comment