PAS jemput Khairul Idham Pawi kempen di Kuala Kangsar
KUALA KANGSAR: PAS membuat kelainan apabila menampilkan juara Moto3 Grand Prix Argentina, Khairul Idham Pawi dalam siri kempennya di PRK Kuala Kangsar semalam.
Khairul Idham dari Kampung Gajah, Perak sebelum ini mencipta sejarah apabila muncul pelumba pertama negara menaiki podium tempat pertama Kejuaraan Motosikal Dunia.
Video beliau melarikan diri dari podium sebelum disembur arak yang dibuka pelumba bukan Islam menjadi viral baru-baru ini.
Tindakan pantas Khairul Idham menjaga batas agama itu mendapat pujian pelayar laman sosial terutama yang beragama Islam.
Dalam program bersama PAS itu, Idham yang juga produk sekolah Pasti berkongsi pengalaman bersama penyokong PAS dengan berkata kemenangan di Argentina itu merupakan satu kejayaan yang tidak disangka.
“Saya amat bersyukur dengan kemenangan itu. Saya tidak tahu bagaimana nak menggambarkan perasaan itu.
“Saya juga mahu berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan kejayaan saya,” katanya pada program yang diadakan di Dataran Menora.
Sementara itu, calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad berkata kejayaan Idham itu seharusnya dijadikan sebagai contoh dan ikon sukan permotoran tanah air.
Katanya, kejayaan Idham di Argentina membuktikan bahawa dia seorang pelumba yang harus dicontohi pemuda.
“Ini kerana dalam meraikan kejayaan, beliau tetap menitikberatkan soal agama. Inilah antara yang diajar di sekolah Pasti,” katanya.
Pada Muktamar PAS baru-baru ini, Khairul Idham turut diberikan anugerahkan khas oleh Pemuda PAS.
Khairul Idham Pawi mencipta sejarah untuk Malaysia apabila muncul pelumba pertama negara menaiki podium tempat pertama dalam perlumbaan tersebut.
Pelumba Honda Team Asia yang baru berusia 17 tahun itu yang bermula di petak ketujuh, mempamerkan tunggangan bergaya apabila mendominasi saingan sejak awal perlumbaan.
Saya jaga batas sebagai orang Islam – Khairul
Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1Pl0qbM
Post a Comment