Hi! Welcome Back and Stay Tune! PAS tangkap perempuan baju ketat – Zaid Ibrahim - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PAS tangkap perempuan baju ketat – Zaid Ibrahim

Zaid-Ibrahim_pas_ketat_600

SEKINCHAN: Bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim menyarankan pengundi bukan Islam di PRK Sungai Besar jangan mengundi PAS kerana parti itu akan menangkap perempuan bukan Islam yang berpakaian ketat.

Beliau mendakwa setakat ini PAS hanya berbuat demikian kepada umat Islam tetapi ia akan menjadi lebih drastik apabila mereka memerintah.

“Bila dia perintah Malaysia esok bersama Datuk Seri Najib Razak, tuan-tuan semua Cina pun dia (PAS) tangkap juga, bukan hanya orang Islam saja.

“Dia mula saja dengan Melayu, bila dia perintah Putrajaya, amoi-amoi (wanita Cina) semua kena tangkap.

“Dia hanya mahu tangkap perempuan saja. Kalau perempuan pakai ketat dia tangkap,” katanya ketika berucap di Restoran Hao Xiang Chi, hari ini.

Bagi pengundi Melayu pula, Zaid minta tidak mengundi PAS kerana itu hanya membuang masa.

“Bagi pengundi Melayu saya harap tidak usahlah undi PAS. Buang masa. PAS dah pasti kalah. Lagipun PAS parti yang tidak ada perjuangan,” katanya yang mengakui suka wanita cantik ketika berucap pada majlis kempen itu.

Sehubungan itu, Zaid menggesa pengundi di Sungai Besar tidak mengundi calon PAS, Dr Abdul Rani Osman dan BN, Budiman Mohd Zohdi.

Sebaliknya, memilih calon pilihan Pakatan Harapan daripada AMANAH iaitu Azhar Abdul Shukur.

Pada majlis sama, kira-kira 100 pengundi yang majoritinya Cina hadir dan turut dihadiri beberapa pemimpin tertinggi termasuk Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Presiden AMANAH Mohamad Sabu.





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1UbkFwI

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.