Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cuba lari sekatan JPJ, lelaki bawa kereta klon terhumban ke sungai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cuba lari sekatan JPJ, lelaki bawa kereta klon terhumban ke sungai

Ketua pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad (tengah) menunjukkan kereta Honda Stream yang diklon di pejabat JPJ Kedah di Pendang pada 9 Januari 2016. — Foto BernamaKOTA BARU, 5 Jun ― Demi mengelak ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam  sekatan jalan raya, lelaki ini sanggup membahayakan diri memandu kereta terjun ke sungai.

Timbalan pengarah penguatkuasa (operasi) JPJ berkata dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, lelaki berusia sekitar 20-an cuba meloloskan diri selepas ditahan dalam Ops Khas kereta klon.

“Daripada segi fizikal, Honda Civic terbabit terbukti kereta klon dari Singapura. Kami mengetuk cermin kereta berkenaan dan meminta pemandunya menyerahkan lesen memandu.

“Lelaki itu terus memecut dan masuk ke Kampung Demit,” kata Muhammad Kifli Ma Hassan seperti dilaporkan Harian Metro.

“Selepas memasuki kawasan perkampungan, dia memecut sejauh kira-kira 500 meter sebelum kenderaan terbabit terjunam ke sungai.

“Bagaimanapun, lelaki itu sempat keluar dan berenang ke tebing sungai. Kereta itu pula tenggelam kira-kira sejam kemudian.”

Muhammad Kifli berkata polis berjaya menahan lelaki itu 4 petang semalam selepas cuba bersembunyi di kawasan hutan berdekatan lokasi kejadian.

Honda Civic terbabit dapat dikelaurkan dari sungai itu jam 8.30 malam dengan bantuan pasukan bomba Kota Baru, katanya lagi. 



from Malay Mail Online | All http://ift.tt/1Uq6iBC

via Mukah Pages

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.