Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hukuman mati hanya menguntungkan Richard Huckle - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hukuman mati hanya menguntungkan Richard Huckle

sunderam-Richard-Huckle-2

PETALING JAYA: “Nasib baik tidak dijatuhkan hukuman mati, kalau tak hanya menguntungkan dia!”

Demikian reaksi Pengerusi Persatuan Penduduk Rumah Panjang Bukit Kiara, V Sunderam terhadap 22 hukuman penjara seumur hidup yang dijatuhkan ke atas pencabul seksual 23 kanak-kanak di Malaysia, Richard Huckle oleh sebuah mahkamah di London, semalam.

Richard pernah tinggal di Rumah Panjang Bukit Kiara dan diusir keluar dari penempatan itu ketika dia memaksa seorang kanak-kanak perempuan untuk diambil gambar bogelnya.

Beliau yang dipetik China Press semalam sebagai berkata, tiada hukuman yang lebih sesuai berbanding hukuman penjara seumur hidup untuk menghukum penjenayah terbabit, memandangkan England telah menggantung pelaksaan hukuman mati lebih 50 tahun lalu.

Beliau berharap Richard akan menginsafi perbuatannya itu ketika meringkuk dalam penjara.

Menurutnya, beliau akan memaklumkan berita baik itu kepada penduduk lain dalam mesyuarat persatuan itu hari ini.

Jelasnya, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur telah menghantar anggotanya menyoal siasat beliau dan sebahagian penduduk di rumah panjang berkenaan.

“Hasil siasatan mendapati tiada kanak-kanak di rumah panjang itu yang menjadi mangsanya,” katanya.

Beliau berkata, sebaik sahaja berita itu tersebar, beliau sendiri pernah bertanya kepada semua penduduk di rumah panjang berkenaan dan mendapati tiada kanak-kanak yang menjadi mangsa pencabul seksual itu.

Beliau juga percaya kes Richard hanya sebahagian kecil, mungkin ada banyak lagi tempat di dalam negara ini yang pernah berlaku pencabulan seksual ke atas kanak-kanak tetapi tidak didedahkan.

Semalam, hakim sebuah mahkamah di Old Bailey, London menjatuhkan 22 hukuman penjara seumur hidup ke atas lelaki berusia 30 tahun itu yang merupakan pedofil paling teruk dalam sejarah Britain.

Huckle mengaku bersalah terhadap 71 daripada 91 pertuduhan dan polis menemui lebih 20,000 imej lucah kanak-kanak di dalam komputer serta kameranya ketika dia ditangkap di Lapangan Terbang Gatwick, London pada 2014.

Menurut laporan media Britain baru-baru ini, jurugambar bebas dari Ashford di Kent itu mungkin telah melakukan pencabulan seksual ke atas 200 kanak-kanak berumur enam bulan hingga 12 tahun sejak 2006 hingga 2014.





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/25JIx3j

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.