Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penyiasat AS tumpu pada Goldman Sachs transaksi berkait 1MDB - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penyiasat AS tumpu pada Goldman Sachs transaksi berkait 1MDB

wsj_1mdb_usa_goldman_600_2

NEW YORK: Pihak berkuasa Amerika Syarikat sedang cuba mengenal pasti sama ada Goldman Sachs Group Inc melakukan kesalahan atas kegagalannya melaporkan sebuah transaksi di Malaysia, lapor The Wall Street Journal yang memetik sumber yang dekat dengan siasatan tersebut.

Siasatan tertumpu pada AS$3 bilion oleh Goldman Sachs melalui pengeluaran bon kepada syarikat milik kerajaan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Penyiasat cuba memastikan sama ada bank mematuhi Akta Rahsia Perbankan, akta utama di AS yang mengawal pengubahan wang.

Laporan itu berkata separuh daripada hasil jualan itu, yang dipindahkan Goldman Sachs ke sebuah akaun bank di Switzerland milik 1MDB, hilang manakala sebahagiannya disimpan dalam akaun milik perdana menteri Malaysia.

Penyiasat percaya Goldman Sachs mempunyai asas untuk merumuskan yang wang tersebut tidak digunakan untuk tujuan asal, kata laporan itu.

WSJ juga melaporkan bank tersebut tidak dituduh melakukan kesalahan.





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/24uTu2L

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.