Hi! Welcome Back and Stay Tune! Umur hampir 100 tahun, warga emas masih mahu mengundi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Umur hampir 100 tahun, warga emas masih mahu mengundi

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam beramah mesra dengan seorang warga emas, Kamisah Naban, 98, yang uzur kerana sakit tua, di rumahnnya di Jalan Parit 2, Sungai Panjang. — Foto BernamaSUNGAI BESAR, 7 Jun — Sekalipun usia sudah menjangkau hampir seabad, Kamisah Naban tetap menaruh azam untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar akan datang.  

Kamisah, 98, pernah diserang strok hingga membataskan pergerakannya.

"Nenek sudah tidak mampu bangun sendiri... sudah tak boleh jalan. Kena didukung orang. 

"Ada jiran kata tak payah keluar mengundi tapi nenek mahu juga," katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Parit 2, Sungai Panjang, di sini semalam.  

Anak jati Sungai Panjang itu berkata sebelum ini beliau tidak pernah melepaskan peluang keluar mengundi, namun kali ini menghadapi kesukaran untuk berjalan sendiri. 

Nenek yang mempunyai lebih 30 cucu dan pernah bekerja di bendang itu bagaimanapun berharap ada pihak sudi membawanya ke pusat mengundi 18 Jun ini.  

Terdahulu, Kamisah dikunjungi Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.    

Kamisah yang tinggal bersama lima cucu amat berbesar hati menerima kunjungan julung kalinya oleh seorang menteri.

Beliau menyatakan syukur kerana masih mendapat perhatian kerajaan. 

Dalam kunjungan itu, Subramaniam menasihatkan warga emas itu supaya sentiasa menjaga kesihatan dan menegaskan bahawa kerajaan tidak memandang ringan soal  kesihatan rakyat terutama warga emas. 

PRK Parlimen Sungai Besar diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas. 

PRK itu menyaksikan calon Barisan Nasional yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi ditentang calon PAS yang juga ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman; serta calon Amanah Azhar Abdul Shukur, yang mewakili Pakatan Harapan. — Bernama



from Malay Mail Online | All http://ift.tt/1t47AMz

via Mukah Pages

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.