Hi! Welcome Back and Stay Tune! Abang selebriti media sosial Pakistan tidak kesal cekik bunuh adik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Abang selebriti media sosial Pakistan tidak kesal cekik bunuh adik

killLAHORE: Abang kepada selebriti media sosial kontroversi Paksitan, Qandeel Baloch yang dibunuh atas nama maruah dan kehormatan keluarga, mengaku mencekik adiknya sehingga mati.

Muhammad Waseem mengaku memberikan ubat kepada Qandeel sebelum mencekiknya di rumah keluarga mereka pada hujung minggu yang lalu.

“Saya tidak menyesal,” katanya kepada wartawan pada sidang media yang diatur oleh polis awal pada hari Ahad, lapor Reuters.

Pembunuhan yang menggemparkan seluruh rakyat Muslim di Pakistan turut mengundang rasa simpati terhadap ratu media sosial Qandeel atau nama sebenarnya Fauzia Azeem.

Dalam satu muat naik status Facebook yang terakhir, Qandeel, 26, mahu mengubah pemikiran ortodoks Pakistan dan ekoran itu dia menghadapi banyak ancaman bunuh. Pun begitu, dia terus menyiarkan gambar dan video provokatif.

“Siasatan mendapati ‘maruah’ adalah motif pembunuhan,” kata ketua polis bandar Multan, Azhar Ikram.

Lebih daripada 500 orang, hampir kesemuanya wanita mati dibunuh di Pakistan setiap tahun atas motif ‘maruah’ yang sama.

Ia lazimnya dilakukan oleh ahli-ahli keluarga yang mahu menjatuhkan hukuman ke atas mangsa kerana membawa “malu” kepada keluarga dan masyarakat.

Waseem dalam sidang itu menyatakan dia mengambil keputusan membunuh adiknya kerana aktiviti media sosialnya termasuk statusnya mengaitkan seorang ulama Islam terkemuka, Abdul Qavi.

“Dia duduk di atas riba ulama ini dalam satu videonya,” katanya.

Qavi kemudiannya digantung dari majlis agama Islam selepas terlibat dalam kontroversi itu bagaimanapun berkata telah mengampuni Qandeel dan menyerahkan di tangan Tuhan.

Kematian Qandeel sekali lagi menggerakkan usaha untuk menutup ruang dalam undang-undang untuk membolehkan ahli keluarga memaafkan pembunuh.

“Sebelum Qandeel mati dibunuh, dia juga berkongsi mesej, iaitu wanita akan terus disembunyi dibelakang, dibunuh jika berani maju ke hadapan dengan cita-cita untuk memecahkan tradisi,” petik akhbar harian berbahasa Inggeris tempatan, Dawn dalam kolum editorial pada hari Ahad.

Qandeel mengelar dirinya seorang feminis moden, digambarkan sebagai Kim Kardashian Pakistan dan membina kerjaya dalam bidang modeling di sebalik kemasyhuran media sosialnya.

Pada awal tahun ini Qandeel pernah menawarkan untuk berbogel jika pasukan kriket Pakistan menewaskan musuh tradisi mereka India.

Dia juga pernah muncul dalam video muzik, menampakkan kakinya dan memakai baju mendedahkan tubuhnya, berkasut tumit tinggi untuk sebuah lagu Urdu.

Beberapa pengikut meraikan pembunuhan Qandeel kerana dia dikatakan menjadi “kehinaan” kepada budaya Pakistan manakala ramai yang mengkasihani nasib Qandeel.

 





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/2a9kIMi

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.