Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pengawal wanita maut dihempap pintu pagar sekolah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pengawal wanita maut dihempap pintu pagar sekolah

Satu roda pintu pagar Sekolah Kebangsaan (SK) Lutong di Miri terlepas dari landasan menyebabkan ia tumbang dan terus menghempap pengawal keselamatan Junatin Empaga. — Paparan skrin Google MIRI, 18 Julai — Seorang pengawal keselamatan wanita maut dihempap pintu pagar Sekolah Kebangsaan (SK) Lutong di sini pada pukul 3.30 petang semalam.

Timbalan ketua polis Miri Supt Stanley Johnathan Ringgit berkata mangsa Junatin Empaga, 47, sedang menolak pintu pagar besi setinggi 183 cm (enam kaki) dan sepanjang 762cm (25 kaki) untuk menutupnya.

“Tiba-tiba salah satu roda pagar terlepas (dari landasan) menyebabkan pagar tumbang dan terus menghempap mangsa,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Stanley berkata ambulan dari Hospital Miri telah dipanggil untuk memberi rawatan segera namun mangsa disahkan meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian.

Beliau berkata kejadian tersebut dilaporkan oleh suami mangsa, juga pengawal keselamatan di tempat yang sama dengan menghubungi polis.

“Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Miri untuk bedah siasat,” katanya. — Bernama 



from Malay Mail Online | All http://ift.tt/29H7uC1

Today updated news promoted by Mukah Pages

>> MobiMovi also share Free Online Movies with crystal clear pictures and sound on HD Blu Ray 1080p!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.