Hi! Welcome Back and Stay Tune! The Antics of Husin Lempoyang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

The Antics of Husin Lempoyang

The Antics of Husin Lempoyang


Luaskan kuasa ... makan mi dengan tangan

Posted: 17 Jul 2016 06:33 PM PDT


Negeri lain hanya gelar rakyatnya sebagai orang Perak, orang Kelantan, orang Kedah dan orang Selangor tapi Johor gelar dirinya sebagai Bangsa Johor. Begitulah bangganya orang Johor hari ini dengan identitinya sejak wujudnya pasukan bolasepak JDT.

JDT adalah untuk jati diri Bangsa Johor. Jauh sekali ingat ia hanya platform untuk popularkan sesiapa. Bangsa Johor bukan setakat bermakna mana-mana kaum atau penduduk tetapi lebih luas hingga membawa maksud Negara Johor.

Hanya Johor satu-satu negeri dalam Malaysia yang ada askar sendiri yang dipanggil Timbalan Setia. Kini ada ura-ura mahukan "polis" sendiri untuk jaga keselamatan Iskandar Malaysia.

Cita-cita mahu jadikan Johor Baru sebuah Metropolis untuk menyaingi Singapore jika tidak upaya kalahkan buat masa terdekat. Rancangan untuk adakan #BankJohor boleh satu hari jadikan Jay Bee pusat kewangan.

Jangan pula salah anggap Johor mahu tinggalkan Malaysia. Kerajaan Johor hebat di masa sejarah silam.

Ini semua untuk merealisasikan kebanggaan Bangsa Johor kepada sejarah, kebudayaan, dan keMelayuan orang Johor sebagai identiti ke arah yang positif.


Luaskan Kuasa! hanya slogan.

Mana mampu nak bina tentera dengan senjata dan aset mahal-mahal. Sudahlah duit Singapura sudah beli harta-harta di Johor, tak lama lagi tentera Singapura pun masuk jajah.

JDT itu adalah kisah Tepok dan Dengkis


Sejarah Johor tidak pernah dijajah mana-mana penjajah.

Suatu masa Johor perangi penjajah Belanda dari Melaka. Jika tidak pasal Aceh tikam belakang untuk bersekongkol dengan penjajah, sudah lama orang Eropah balik negera mereka.

Itu sebab Johor sentiasa dihormati.

Ketika tentera Jepun masuk Johor selepas British ca alif bot masa Perang Dunia ke 2, mereka terus tabik pada Sultan Johor ketika itu. Tidak jadi nak jajah.

Dr Mahathir sering perkecilkan kewujudan Penasihat British sebagai satu cara penjajahan. Bagi orang Johor, itu strategi untuk meyelamatkan diri dari tipu muslihat dan mengelakkan dari dijajah British.

Jangan lupa UMNO bermula dari UMO di Batu Pahat dan dinobatkan di Istana Johor.

Sebelum ditubuhkan Persekutuan Tanah Melayu, Kerajaan Johor sudah ada kedutaan-kedutaan di luar negara terutama di Eropah.

Bangsa Johor sudah lama global. Itu pasal Sultan Johor tidak pakai tanjak. Istana dan bangunan-bangunan bukan rumah kayu macam-macam Istana Raja-Raja Melayu yang lain tapi rumah batu ikut arkitektur Eropah.


Maka itu juga sebab Laksa Johor bukan macam-macam laksa-laksa Melayu dari kawasan-kawasan lain. Laksa Johor bukan mi macam laksa lain tetapi lebih macam pasta salad. Guna pun Italian spaghetti.

Cuma satu saja masaalah dengan Bangsa Johor dan Laksa Johor. Ada ke makan Laksa dengan tangan?

Wow! Bila orang Johor akan main dalam JDT? 


from BLOG - BLOG PRO POLITIK http://ift.tt/2amKUiM
Berita Politik Tempatan Gidei-Giyen-Ginan

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.