Selepas Setahun Shopback Di Malaysia – Kini Melancarkan Aplikasi Mudah Alih
Shopback merupakan salah satu startup yang menawarkan pulangan wang tunai untuk pembelian menerusi lebih 500 kedai atas talian serta perkhidmatan di internet. Pulangan tunai ini akan dikembalikan kepada pengguna, dan lebih berbeza berbanding diskaun yang biasa diterima. Pada hari ini mereka telah berkongsi kemaskini mereka setelah lebih setahun bertapak di Malaysia, serta mengumumkan kesediaan aplikasi mereka untuk dimuat-turun.
Dalam berkongsi mengenai aplikasi mereka dan juga setahun mereka bertapak di pasaran tempatan, mereka turut berkongsi beberapa statistik menarik dan juga penemuan mereka dengan pembeli tempatan. Sehingga akhir bulan Jun tahun ini mereka telah membayar sehingga RM 5.4 juta kepada pengguna tempatan dan pengguna yang memperoleh pulangan tunai tertinggi yang direkodkan adalah sebanyak RM 17,000.
Dari penemuan mereka juga, sebanyak 30% pengguna Shopback adalah dari Lembah Klang, manakala 70% adalah dari kawasan lain. Kebanyakan mereka melakukan pembelian untuk tujuan melancong, dan fesyen, dan tidak kurang juga yang melakukan pembelian untuk kredit tambah-nilai. Terdapat lebih dari 500 kedai atas talian yang terdapat menerusi Shopback, antaranya Lazada, Groupon, Agoda, Booking, Air Asia, dan sebagainya. Pihak Shopback turut menyatakan yang mereka akan terus membawa jenama besar ke pasaran, malah jenama yang menjual bahan-bahan runcit dari pasar besar akan turut tersenarai menerusi Shopback.
Aplikasi mudah alih Shopback boleh dimuat-turun bermula esok dan menerusi aplikasi ini, pengguna boleh terus melakukan pembelian menerusi peranti mudah-alih, dan menerima notifikasi apabila terdapatnya jualan khas yang menawarkan pulangan tunai yang tinggi. Aplikasi Android Shopback boleh dimuat-turun bermula esok manakala versi iOS akan dilancarkan tidak lama lagi.
Baca: Kenali Shopback
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/29TFiP4
Post a Comment