Hi! Welcome Back and Stay Tune! Permainan Suicide Squad Kini Boleh Dimuat-Turun Percuma Pada Peranti Android Dan iOS - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Permainan Suicide Squad Kini Boleh Dimuat-Turun Percuma Pada Peranti Android Dan iOS

Permainan bersempena dengan sesuatu filem kini telah menjadi salah satu tradisi dalam mempromosikan sesuatu filem. Terkini, Warner Bros telah melancarkan sebuah permainan untuk peranti Android dan iOS bersempena dengan file akan datang mereka, Suicide Squad.

Suicide Squad

Permainan Suicide Squad : Special Ops ini ditawarkan secara percuma, dan membawakan bentuk permainan pandangan pertama. Pemain boleh memilih watak yang digemari daripada tiga pilihan – iaitu sama ada Harley Quinn yang menggunakan pistol atau kayu baseball, Deadshot yang menggunakan senapang, ataupun Diablo yang menggunakan serang berasaskan api.

Daripada pengamatan kami, watak Deadshot menjadi lebih menarik untuk dikawal berbanding dengan watak lain. Salah satu perkara yang mungkin mendukacitakan ramai adalah hanya tiga watak diberikan untuk dimainkan, sementara watak-watak lain daripada filem berkenaan tidak disertakan pada permainan ini.

Bagi anda yang mengemari genre permainan berbentuk tembak-menembak dan meminati filem Suicide Squad, mungkin boleh memuat-turun dan memainkan permainan ini pada telefon pintar atau tablet anda hari ini.

Muat-Turun Suicide Squad : Special Ops untuk Android

Muat-Turun Suicide Squad : Special Ops untuk iPhone






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/29R3mCG

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.