Hi! Welcome Back and Stay Tune! Permainan Batman: Arkham Underworld Kini Boleh Dimuat-Turun Percuma Pada Peranti iOS - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Permainan Batman: Arkham Underworld Kini Boleh Dimuat-Turun Percuma Pada Peranti iOS

Trilogi permainan Batman Arkham oleh Rocksteady ialah antara yang terbaik pernah dihasilkan. Buat pertama kalinya pemain dapat menjadi Batman sebenar dengan pelbagai gajet boleh digunakan bagi mengalahkan penjahat di Gotham. Ketiga-tiga permainan ini kami kategorikan sebagai wajib beli kepada mereka yang meminati watak Batman. Dengan Batman: Arkham Underworld, anda kini boleh memenuhi fantasi menjadi penjahat di Gotham pula.

Batman-Arkham-Undergound-1Permainan peranti pintar ini boleh dimuat turun oleh pemilik peranti iOS secara percuma. Arkham Underworld mengingatkan kami kepada permainan Dungeon Keeper yang popular lebih sedekad yang lalu. Sebagai penjahat anda perlu membina markas bawah tanah dan melatih tentera peribadi bagi mengalahkan Batman. Terdapat juga mod PVP di mana anda boleh mencabar pemain lain bagi menunjukkan siapakah raja sebenar dunia kongsi gelap. Pengguna perlu menggunakan iOS 8 ke atas untuk memuat turun. Peranti yang disokong pula ialah iPhone 5, iPad Mini 2 atau iPad generasi ke-tiga dan ke atas.

Muat turun Batman Arkham Underworld dari App Store






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/29Fricx

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.