Apple Dilaporkan Beralih Fokus Dari Pembangunan Kenderaan Kepada Sistem Pemanduan Automatik
Apple sebelum ini telah diperkatakan sedang membangunkan kereta elektrik pintar mereka tersendiri, dan mempunyai pasukan yang besar membangunkannya. Pihak Apple tidak pernah mengesahkan kewujudan projek mereka tersebut ini, dan baru-baru ini telah hadir laporan baru yang mengatakan Apple telah menangguhkan pengenalan kereta elektrik mereka ke beberapa tahun lagi.
Hari ini, desas-desus baru hadir mengatakan Apple telah beralih fokus untuk hanya membangunkan perisian dan sistem pemanduan automatik sahaja untuk sementara ini. Apple dikatakan mungkin hanya hadir dengan kereta mereka tersendiri melalui kerjasama dengan pengeluar kenderaan sedia ada. Sebelum ini, ia telah dikatakan Apple telah berbincang dengan beberapa pengeluar – termasuk BMW.
Dengan peralihan fokus terhadap kepada sistem pemanduan pintar, ia mungkin lagi memudahkan Apple untuk mendapatkan pegangan pasaran terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenderaan mereka tersendiri kelak. Namun, ia mungkin akan menjadi sedikit berbeza dengan kaedah syarikat gergasi berkenaan beroperasi – memandangkan sebelum ini, daripada komputer riba sehinggalah kepada telefon pintar dan jam tangan, mereka biasanya menggunakan perisian yang dibangunkan pada perkakasan keluaran mereka sahaja.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2a3uRtC
Post a Comment