Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Cemana Aku Nak Hormat Polis, Kau Dahla Melayu Islam Tapi Perangai Haram Jadah’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Cemana Aku Nak Hormat Polis, Kau Dahla Melayu Islam Tapi Perangai Haram Jadah’

‘Cemana Aku Nak Hormat Polis, Kau Dahla Melayu Islam Tapi Perangai Haram Jadah’ | Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Muhamad Haziq menyatakan nilai daging yang diambil secara paksa oleh pihak polis berjumlah ribuan ringgit.

1

“Kepada pegawai penyiasat (IO) Gua Musang yang datang marah-marah, buat berlagak dan sombong engkau tu, sedikit pun aku tak hormat engkau! Kerana cara engkau bercakap macam betul engkau berkuasa.

“Engkau Melayu beragama Islam pulak, tolong cakap baik-baik. Macam mana aku nak hormat Polis Malaysia ni? Anda semua tengoklah, buat kerja sedikit, pau daging berkotak-kotak. Nilai bukan ratus ya tu, ribu tu.

“Disebabkan polis macam engkau, busuk habis nama polis ini. Kita dah elok tidak memberikan rasuah, tetapi polis yang minta. Tak bagi kena marah, tak bagi tak boleh berunding (kau tim). Anda nilai sendiri. Terima kasih PDRM,” tulisnya di akaun Facebook peribadinya.

Dalam kemalangan itu, lori yang membawa muatan daging milik majikan Muhamad Haziq mengalami masalah pecah tayar ketika menuruni bukit dalam keadaan hujan. Lori terbalik dan menyebabkan seorang penumpang lori patah kaki. Pemandunya pula tidak mengalami kecederaan.

Kejadian yang berlaku semalam telah dilaporkan kepada sepupunya yang juga seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Meminta gambar-gambar yang ditangkap sewaktu pegawai tersebut memindahkan kotak-kotak berisi daging ke dalam bonet kereta polis diviralkan, Haziq turut menjemput pihak polis datang menemuinya.

The post ‘Cemana Aku Nak Hormat Polis, Kau Dahla Melayu Islam Tapi Perangai Haram Jadah’ appeared first on Media Sensasi - Isu Semasa, Informasi Terkini Dan Pelik-Pelik.






Mukah Pages membawa cerita sensasi Gidei-Giyen-Ginan!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.