Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Store Pertama Di Singapura Dijangka Dibuka Pada Bulan November Kelak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Store Pertama Di Singapura Dijangka Dibuka Pada Bulan November Kelak

Sudah menjadi kebiasaan untuk ramai pengguna tempatan untuk menghadirkan diri ke negara jiran kita, Singapura apabila Apple melancarkan sebarang produk baru. Ini adalah kerana Singapura adalah salah satu negara yang sering mendapat produk Apple pada peringkat pertama.

Apple Store

Bermula penghujung tahun ini, mungkin anda ada lagi satu sebab untuk ke Singapura bagi mendapatkan barangan Apple, iaitu Apple Store rasmi pertama di Asia Tenggara.

Apple telah mengesahkan pada tahun 2015 lepas, mereka akan membuka Apple Store pertama di Singapura, tetapi tidak memberikan sebarang tarikh rasmi ataupun lokasi untuknya.

Terkini, gambar pembangunan untuk kedai Apple rasmi pertama berkenaan hadir ke arena web – dikatakan akan terletak di Orchard Road di Singapura. Pembangunan ini dijangka akan habis sepenuhnya pada penghujung Oktober 2016 ini – sekaligus memberi ruang untuk Apple membukanya secara rasmi pada bulan November ini.

Buat masa ini, masih tidak diketahui lagi bilakah Apple Store rasmi akan hadir ke Malaysia. Beberapa desas-desus berkaitan dengannya telah pun mula kedengaran, dan dikatakan Apple sedang mencari lokasi yang bersesuaian untuknya.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2aA9LTY

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.