Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bekas pengarah Kencana Petroleum didakwa peroleh 1.1 juta unit saham - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bekas pengarah Kencana Petroleum didakwa peroleh 1.1 juta unit saham

Yeow-Kheng-ChewKUALA LUMPUR: Bekas pengarah eksekutif Kencana Petroleum Berhad Yeow Kheng Chew didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini bagi pertuduhan memperoleh 1,159,000 unit saham Kencana Petroleum Berhad melalui penyampaian maklumat sulit, lima tahun lepas.

Yeow, 64, yang merupakan bekas rakan kongsi perniagaan anak Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Mokhzani, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zulqarnain Hassan.

Dua lagi inidividu iaitu Paulene Chee Yuet Fang dan remisier Tan Yee Chee mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dengan Yeow selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan.

Mengikut pertuduhan, Yeow yang diwakili peguam Sunder Thulasi, memperoleh 1.1 juta unit saham Kencana Petroleum Berhad melalui akaun Sistem Depositori Pusat milik Paulene.

Dia didakwa memperoleh unit saham itu melalui perolehan maklumat sulit iaitu maklumat mengenai cadangan penggabungan perniagaan Kencana Petroleum Berhad Group dan SapuraCrest Petroleum Berhad Group, yang tidak boleh didapati secara umum.

Yeow didakwa melakukan kesalahan itu di Bursa Malaysia Securities Berhad, Exchange Square, Bukit Kewangan di sini pada 8 Julai 2011.

Dia didakwa mengikut Seksyen 188(2) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (Akta 671) yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 10 tahun dan didenda tidak kurang RM1 juta, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Chee, 56, yang diwakili peguam Lim Kon Keen dan Tan, 46, yang diwakili peguam Chong Loong Men didakwa bersubahat dengan Yeow bagi memperoleh 1.1 juta unit saham Kencana Petroleum Berhad, di tempat dan tarikh yang sama.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 370(1)(c) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dibaca bersama Seksyen 188(2)(a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dan denda tidak kurang RM1 juta, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan Yeow diikat jamin sebanyak RM1 juta dengan dua orang penjamin manakala Chee dan Tan dibenarkan diikat jamin masing-masing sebanyak RM800,000 dengan dua orang penjamin.

Mahkamah juga memerintahkan ketiga-tiga tertuduh supaya tidak perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah kerana Yeow perlu ke luar negara atas urusan perniagaan.

Mahkamah memerintahkan supaya semua kes itu dibicarakan bersama kerana ia melibatkan perkara dan jumlah transaksi yang sama. Ia menetapkan 11 Ogos ini untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Roz Mawar Rozain daripada Suruhanjaya Sekuriti.

 





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/2ahRl53

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.