Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sea Hunter – Dron Memburu Kapal Selam Melepasi Ujian Pertama - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sea Hunter – Dron Memburu Kapal Selam Melepasi Ujian Pertama

Dron ialah teknologi yang akan digunakan secara lebih meluas di dalam medan peperangan masa hadapan. Penggunanya bukan sahaja mengelakkan risiko kematian anggota tentera malah mengurangkan kos operasi secara mendadak. Amerika Syarikat sudah menguji dron CARACaS untuk mengawal kapal perang, Israel mempunyai dron mengawal lapangan terbang dan Indonesia menghasilkan dron mengawal pesisir pantai. Kini teknologi dron dibangunkan untuk memburu kapal selam musuh dan ia mungkin digunakan di konflik Laut China Selatan.

SEA-HUNTER-ACTUV-3Sea Hunter ialah sebuah dron berbentuk kapal yang direka untuk memburu kapal selam. Ia mampu beroperasi tanpa campur tangan manusia selama 90 hari. Ia dilengkapi sistem sonar dan torpedo untuk memusnahkan musuh yang ditemui. Dron pembunuh kapal selam ini dibangunkan bagi mengatasi ancaman kapal selam diesel yang semakin banyak dibina oleh negara seperti China. Sistem Tujahan Bebas Udara (Air Independent Propulsion) kapal selam diesel ini adalah lebih senyap berbanding sistem nuklear. Amerika melihat ini sebagai ancaman terhadap armada mereka dan Sea Hunter ialah jawapannya.

Dron ini sudah selesai menjalani ujian fasa pertama dengan jayanya dan menanti ujian sistem panduan automatik pada fasa kedua. Ia adalah dron pertama di bawah projek ASW Continuous Trail Unmanned Vessel (ACTUV)  yang bawah kelolaan DARPA dan Office of Naval Research (ONR) . Prototaip pertama dibina pada tahun 2014 dan ujian pertama dilakukan sejak awal tahun ini.

Kos operasi sehari Sea Hunter ialah sekitar $15000 berbanding $700000 menggunakan kapal Destroyer sedia ada. Armada dron Sea Hunter boleh dilepaskan ke kawasan konflik untuk memburu kapal selam musuh dan memusnahkannya sebelum kehadiran kapal pengangkut kapal terbang. Sekiranya semua berjalan lancar, Sea Hunter akan beroperasi secara berangkai dengan dron udara MQ-4C Triton dan P-8 Poseidon yang digunakan dalam operasi mencari MH370 dua tahun yang lalu.

SEA HUNTER ACTUV 2






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2akLVKq

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.