Hi! Welcome Back and Stay Tune! JPJ periksa 20,463 kenderaan sempena Ops Hari Raya Aidilfitri 2016 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

JPJ periksa 20,463 kenderaan sempena Ops Hari Raya Aidilfitri 2016

TAPAH: Sebanyak 20,463 kenderaan telah diperiksa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sempena Ops Hari Raya Aidilfitri 2016, yang dilancarkan Rabu lepas.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Nadzri Siron berkata daripada jumlah itu, sebanyak 8,247 kesalahan dikesan termasuk tiada lesen memandu, tiada cukai jalan dan insurans perlindungan serta lain-lain kesalahan.

“Statistik menunjukkan 2,438 kesalahan tiada lesen memandu, 2,494 kesalahan kerana tiada lesen kenderaan motor atau cukai jalan dan insurans perlindungan, 1,025 kesalahan utama, 1,029 kesalahan teknikal, 54 kesalahan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (ALPKP) dan 1,207 lain-lain kesalahan.

“Jumlah kesalahan itu adalah dari hari pertama Ops dilancarkan pada 29 Jun sehingga kelmarin. Kita juga menahan seorang pemandu bas ekspres yang didapatipositif dadah melalui ujian air kencing,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan pemantauan udara di sekitar Hentian Rehat dan Rawat Tapah arah utara bersama Plus Malaysia Berhad (PLUS) sempena Ops Hari Raya Aidilfitri 2016.

Nadzri berkata tinjauan udara dijalankan bagi melihat corak pemanduan pengguna jalan raya di sepanjang lebuh raya terutama kesalahan menggunakan lorong kecemasan.

Katanya JPJ juga akan menempatkan anggota dan pegawainya di beberapa lokasi strategik yang dijangka berlaku kesesakan bagi memantau sekiranya terdapat pemandu yang menggunakan lorong kecemasan.

“Kita menggunakan dua kaedah untuk mengesan kesalahan menggunakan lorong kecemasan, yang pertama melalui penguatkuasaan. Untuk semalam, 302 kenderaanrondaan JPJ digerakkan melibatkan seramai 1,000 anggota untuk membuat pemantauan di sepanjang lebuh raya serta jalan-jalan Persekutuan.

“Sementara pendekatan kedua adalah aduan bergambar yang dihantar oleh orang awam melalui e-mel aduantrafik@jpj.gov.my. Saman yang dikeluarkan (kepada  pemandu dan penunggang) akan terus dibawa ke mahkamah dan tidak ditawarkan sebarang kompaun,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata sebanyak empat kenderaan berat telah disita hari ini kerana didapati memasuki semua lebuh raya dan jalan Persekutuan di seluruh negara.

“Perkara itu mula dikuatkuasakan hari ini (Sabtu) serta dua hari selepas Aidilfitri pada 9 dan 10 Julai kecuali lori yang membawa makanan dan petroleum,” katanya.

Mengulas penggunaan kualiti tayar bas atau lori yang bermutu bagi mengelak berlaku kemalangan, beliau berkata pihaknya akan berbincang dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) agar syarat pengeluaran tayar dapat diperketatkan lagi.

“Selalunya pengeluaran tayar ini perlu mendapatkan pengesahan SIRIM tetapi kita juga akan berbincang dengan KPDNKK untuk perketatkan lagi syaratpengeluarannya. PLUS telah membangkitkan perkara ini, jadi JPJ akan bincang dengan KPDNKK serta pengurusan lori supaya tayar yang digunakan berkualiti.

“JPJ sentiasa memandang serius perkara ini…kita ada kuasa untuk menyaman mana-mana kenderaan didapati mengeluarkan objek yang boleh membahayakankeselamatan orang lain seperti batu atau serpihan tayar, dan boleh disaman sehingga RM2,000 atau enam bulan penjara,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan PLUS Datuk Noorizah Abd Hamid berkata sempena musim perayaan ini, dijangka berlaku peningkatan aliran trafik sehingga 20 peratus di sepanjang lebuh raya berkenaan. — Bernama





Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/29k1rWC

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.