Orang ramai dipelawa memeriahkan ‘Pesta Fairy Cave 2016’ hari ini
BAU: Orang ramai dipelawa memeriahkan Pesta ‘Fairy Cave 2016’ yang akan berakhir pada hari ini selepas tiga hari berlangsung bermula 1 Julai lalu di tapak gua tersebut di sini.
Pengerusi Penganjur, Leftenan Kolonel Monday Juhid berkata pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang pesta tiga hari ini memasuki penganjuran edisi keenam.
Antaranya pertandingan sukan air di Tasik Kunyit, demonstrasi sukan rakyat seperti menyumpit, demonstrasi mendapatkan sagu, menganyam atap mengkuang dan banyak lagi.
Selain itu, jualan makanan dan minuman serta produk kraf tangan turut dibuka kepada pengunjung diikuti acara persembahan pentas pada sebelah malam.
“Penganjuran pesta ini adalah atas usaha komuniti Krokong sebagai salah satu usaha mempromosikan gua itu sebagai salah satu destinasi pelancongan menarik di sini.
“Penganjuran pesta itu juga diharap dapat mengeratkan hubungan masyarakat setempat selain menjana pendapatan ekonomi penduduk menerusi aktiviti jualan makanan dan minumam serta produk hasil kraf tangan,” katanya.
Bagi menarik lebih ramai pengunjung ke gua itu, Monday berkata jawatankuasannya merancang membina sebuah dewan tetap di sini.
Kemudahan dewan itu adalah penting untuk penganjuran program-program serta aktiviti berkaitan pelancongan dalam keadaan lebih selesa.
Selain itu, pihaknya juga merancang menaik taraf kemudahan di Tasik Kunyit yang terletak jauh dari Fairy Cave kawasan Krokong bagi aktiviti sukan air.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu Miro Simuh turut hadir pada majlis itu berharap pesta ini diteruskan pada masa akan datang.
Beliau turut menggesa jawatankuasa bertanggungjawab mengemukakan kertas cadangan berhubung pembangunan Fairy Cave ini sebagai produk pelancongan di sini dan kawasan Krokong.
Pada majlis itu, Miro baharu dipilih sebagai wakil rakyat pertama bagi kawasan Serembu turut mengumumkan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sejumlah RM10,000 untuk penganjuran pesta itu.
Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/29k14LV
Post a Comment