Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki dibunuh kerana pikat kekasih orang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki dibunuh kerana pikat kekasih orang

DIBUNUH: Anggota polis forensik menggali kawasan tempat mayat seorang jurutera sebuah syarikat carigali minyak, dipercayai dibunuh dan ditanam di kawasan belukar tepi Lebuhraya Hubungan Kedua Malaysia-Singapura, petang kelmarin. — Gambar Bernama

DIBUNUH: Anggota polis forensik menggali kawasan tempat mayat seorang jurutera sebuah syarikat carigali minyak, dipercayai dibunuh dan ditanam di kawasan belukar tepi Lebuhraya Hubungan Kedua Malaysia-Singapura, petang kelmarin. — Gambar Bernama

Mayat jurutera ditemui ditanam di kawasan belukar Lebuhraya Kedua Malaysia-S’pura

JOHOR BAHARU: Seorang jurutera sebuah syarikat cari gali minyak dibunuh kerana dikatakan cuba memikat seorang wanita yang sudah mempunyai teman lelaki.

Mayat mangsa ditemui ditanam di kawasan belukar di Km 25.9 Lebuhraya Hubungan Kedua Malaysia-Singapura di sini petang semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata mangsa Tan Chuen Take, 31, yang bekerja di Singapura sebelum itu dilaporkan hilang dari rumahnya di Taman Dato Chellam di sini sejak 26 Jun lalu yang dipercayai diculik sepasang kekasih.

Menurut beliau, pihak polis kemudiannya menahan pasangan berkenaan yang merupakan warga tempatan dan berusia 22 dan 32 tahun di sebuah rumah di Taman Indahpura, Kulai pagi kelmarin.

“Hasil siasatan dan dipandu arah oleh seorang suspek membawa polis kepada lokasi mangsa ditanam selepas dibunuh dan dilarikan pasangan berkenaan.

“Siasatan awal mendapati motif penculikan dan pembunuhan adalah kerana perasaan dendam dan cemburu,” katanya.

Wan Ahmad Najmuddin berkata kedua-dua pasangan itu direman semalam di bawah Seksyen 117 Kanun Keseksaan untuk disiasat mengikut Seksyen 363 dan 302 kanun yang sama. — Bernama





Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/299Zf0u

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.