Pejalajar hilang rupanya ikut teman lelaki
SIBU: Pelajar perempuan tidak pulang ke rumah selepas sesi sekolah rupa-rupanya mengikut teman lelaki pulang ke kampung tanpa memberitahu ibu bapanya.
Dalam kejadian selepas sesi persekolahan di sebuah sekolah di sini kelmarin, pelajar perempuan berumur 17 tahun itu dikatakan telah mengikut teman lelakinya pulang ke sebuah rumah panjang di Kanowit.
Ayah pelajar tersebut yang bimbang anaknya tidak pulang ke rumah bertindak pergi ke sekolah, namun tidak melihat kelibat anaknya.
Keadaan tersebut memaksa ayah pelajar perempuan itu membuat laporan polis.
Menurut pihak sekolah, mereka tidak ada pengetahuan di mana anaknya berada tetapi mereka mempunyai nombor telefon ibu bapa teman lelaki pelajar perempuan terbabit.
Selepas ibu bapa kedua-dua belah berhubung, mereka kemudian membawa kedua-dua remaja terbabit pergi ke balai polis untuk membatalkan laporan polis.
Difahamkan, ibu bapa lelaki tersebut tinggal di Sibu Jaya, namun mereka akan pulang ke Kanowit pada hujung minggu.
Ketika disoal, pasangan remaja terbabit mengaku tidak melakukan perkara tidak senonoh semasa bermalam di Kanowit.
Polis kemudian menegur pasangan remaja tersebut dan menasihatkan mereka agar tidak melakukan perkara sama pada masa akan datang.
Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/299ZcBM
Post a Comment