Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wakil rakyat PRS diingat rancang kerjaya politik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wakil rakyat PRS diingat rancang kerjaya politik

SUMBANGAN: Dr Masing (tiga kiri) menyampaikan replika cek sumbangan kepada penerima. Turut kelihatan Salang (dua kanan), Nanta (dua kiri) dan Harden (kiri) di Kuching malam kelmarin.

SUMBANGAN: Dr Masing (tiga kiri) menyampaikan replika cek sumbangan kepada penerima. Turut kelihatan Salang (dua kanan), Nanta (dua kiri) dan Harden (kiri) di Kuching malam kelmarin.

Tidak perlu tergesa-gesa buat sebarang keputusan yang mungkin beri kesan kepada kerjaya: Masing

Oleh Matthew Umpang //

KUCHING: Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing mengingatkan semua wakil rakyat partinya yang dipilih perlu merancang kerjaya mereka dengan baik jika ingin terus bertahan dalam politik.

Timbalan Ketua Menteri itu berkata, malah wakil rakyat itu tidak perlu tergesa-gesa membuat sebarang keputusan yang mungkin memberi kesan kepada kerjaya politik mereka.

“Tahun ini merupakan penggal kelapan saya sebagai wakil rakyat dan saya berada di tahap ini kerana kesabaran serta melakukan tugas dengan bersungguh-sungguh.

“Diingatkan ahli politik yang mementingkan kuasa tidak akan berada dalam arena politik panjang dan sejarah membuktikan adalah benar,” katanya pada sambutan Ulang Tahun Ke-10 Konsortium Bumi Group of Companies di sini malam kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baleh itu berkata, diharapkan wakil rakyat PRS lebih berhati-hati dengan permainan politik terutamanya berkaitan kuasa.

“Akan ada orang yang membawa anda ke bawah (jika dilihat gila kuasa) dan tidak mahu melihat anda. Maka itu, lebih baik kerja dengan tekun dan peluang sentiasa akan ada bagi anda,” katanya.

Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan itu turut melahirkan penghargaan kepada Konsortium Bumi Group of Companies iaitu syarikat Dayak atas penubuhan mereka yang kesepuluh tahun.

Beliau berharap syarikat korporat itu terus menyumbang mutu kerja berkualiti  dan membuktikan kepada dunia bahawa kaum Dayak juga boleh setanding dengan masyarakat lain dalam perniagaan dan perdagangan.

Dr Masing turut melancarkan projek pembangunan baharu syarikat berkenaan selain penyampaian anugerah serta sumbangan daripada konsortium.

Majlis turut dihadiri Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi, Pengerusi Majlis Penasihat 1Malaysia Sarawak (1MSAC) Datuk Joseph Salang Gandum, Menteri Muda Ekonomi Luar Bandar (Pedalaman) dan Perladangan Datuk Francis Harden Hollis, dua Pengarah Konsortium Bumi Group of Companies, Janang Bungsu dan David Senggalang dan arkitek David Hollis.





Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/29k1imh

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.