Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tagih peruntukan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tagih peruntukan

Dawos akan tagih RM1.5 juta dijanji untuk bangunkan Projek Tapak Warisan Brooke.

RASMI: Dawos memukul gong untuk merasmikan Pesta Fairy Cave 2016 di Bau semalam. Turut kelihatan Miro (kiri) serta yang lain.

RASMI: Dawos memukul gong untuk merasmikan Pesta Fairy Cave 2016 di Bau semalam. Turut kelihatan Miro (kiri) serta yang lain.

Oleh Agnes Tugong //

BAU: Datuk Seri Dr James Dawos Mamit akan menagih peruntukan sebanyak RM1.5 juta yang telah diluluskan semula oleh kerajaan pusat bagi pembangunan Projek Tapak Warisan Brooke di Kampung Peninjau Lama dekat sini.

Dawos yang merupakan Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berkata, projek itu telah diluluskan dengan peruntukan sebanyak RM1.2 juta antara tiga atau empat tahun lepas, namun ia telah dikurangkan kepada RM700,000 atas sebab tertentu.

Bagaimanapun, menurut Dawos, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz telah berjanji untuk memberikan peruntukan sebanyak RM1.5 juta bagi melaksanakan projek tersebut.

“Walaupun saya kini bukan lagi Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, tetapi saya tetap akan membantu penduduk tempatan terutama dari segi pembangunan kebudayaan dan ekopelancongan.

“Saya akan berbincang sendiri dengan Nazri bagi mendapatkan pencerahan mengenai projek yang telah dijanjikan semula kepada kita ini dengan harapan ia dapat dibangunkan pada tahun hadapan,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pesta Fairy Cave 2016  di sini, semalam.

Dawos berkata, kawasan yang dicadangkan sebagai Tapak Warisan Brooke itu pernah diintai oleh syarikat luar untuk membuka kuari.

Namun, permohonan bagi mendapatkan lesen kuari di kawasan itu tidak diluluskan oleh Dawos selepas laporan Kajian Impak Alam Sekitar (EIA) ditolak oleh kerajaan.

Menyentuh mengenai pesta tersebut, Dawos yang juga Ahli Parlimen Puncak Borneo berkata, gua itu merupakan salah satu daripada produk ekopelancongan yang berpotensi untuk menarik kedatangan ramai pelancong.

Justeru, beliau menggesa penduduk setempat menggunakan sepenuhnya potensi yang ada pada gua itu sebagai pemangkin kepada ekonomi penduduk setempat.

“Pesta Fairy Cave mesti menonjolkan budaya kita Bidayuh dan digabungkan dengan ekopelancongan yang berkaitan dengan sumber semula jadi untuk menarik kedatangan ramai pelancong terutama dari luar negara.

“Oleh sebab itu, saya menggesa jawatankuasa penganjur pesta ini supaya berhubung dengan Kementerian Pelancongan di peringkat negeri dan pusat terutama dalam mempromosikan pesta dan gua ini kepada masyarakat luar,” katanya.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu Miro Simuh, Pengerusi Penganjur Leftenan Kolonel Monday Juhid, Pegawai Daerah Bau Inting Nyami serta yang lain.





Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/29k1emB

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.