Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nintendo NX Dikatakan Sebagai Konsol Mudah-Alih Yang Turut Boleh Dihubung Ke Kaca TV - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nintendo NX Dikatakan Sebagai Konsol Mudah-Alih Yang Turut Boleh Dihubung Ke Kaca TV

Nintendo telah menjadi fokus ramai pihak daripada pengguna kepada pelabur sejak permainan Pokemon Go dilancarkan beberapa minggu lepas. Selain daripada permainan berkenaan, salah satu perkara yang dinantikan ramai peminat permainan daripada Nintendo adalah konsol generasi baru mereka.

NintendoMengikut laporan terbaru yang hadir daripada Eurogamer, konsol generasi akan datang daripada Nintendo yang dipanggil ramai sebagai Nintendo NX buat masa ini, akan menjadi sebuah konsol mudah-alih.

Ini bermakna, ia akan hadir dengan skrin kecil tersendiri yang membolehkan pengguna memainkannya pada bila-bila masa dan dimana jua. Disamping itu, mengikut laporan sama, Nintendo NX ini dikatakan boleh ditanggalkan skrinnya dan dihubungkan kepada dock khusus, sekaligus memainkan permainan melalui kaca televisyen.

Laporan sama turut mengatakan Nintendo NX akan menggunakan sistem katrij berbanding dengan media lain seperti pada beberapa konsol masa kini.

Beberapa laporan sebelum ini juga turut mengatakan konsol akan datang daripada Nintendo akan beroperasi secara hibrid antara mudah-alih dan konsol tetap.

Nintendo dijangka mengumumkan konsol baru mereka ini sekitar bulan September kelak.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2ab5MIn

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.