Penyaring Panggilan Spam Kini Terbina Pada Peranti Nexus Dan Android One
Panggilan spam dari penjual polisi insurans dan syarikat telekomunikasi yang mahu anda membayar bil ialah perkara yang kami hadapi setiap hari. Kerana bekerja sebagai pengamal media, kami akan mengangkat setiap panggilan yang diterima sebelum menyedari ia adalah spam. Beberapa aplikasi seperti WhosCall boleh digunakan pengguna Android bagi menyaring dan mengenalpasti nombor yang dikaitkan dengan panggilan spam.
Kepada pengguna Nexus dan Android One, anda tidak perlu lagi menggunakan aplikasi pihak ketiga selepas ini. Pihak Google mengesahkan sistem saringan nombor spam akan terbina dengan kemas kini terkini kedua-dua peranti. Selain mengenal pasti nombor yang tidak diingini, pengguna boleh melaporkan nombor baru yang digunakan. Diharap fungsi ini akan menjadi terbina pada kesemua binaan Android di masa hadapan. Setakat ini kami hanya menemui sistem saringan nombor terbina pada Galaxy S7. Bagaimana pula dengan anda? Adakah ada menggunakan aplikasi menyaring nombor pada peranti?
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2asK0Ct
Post a Comment