Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sidang Media Adi Putra Jadi KECOH ! Wanita Ini Beri Soalan Yang Adi Putra Tak Boleh Jawab - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sidang Media Adi Putra Jadi KECOH ! Wanita Ini Beri Soalan Yang Adi Putra Tak Boleh Jawab

1

 

Sidang Media Adi Putra Jadi KECOH ! Wanita Ini Beri Soalan Yang Adi Putra Tak Boleh Jawab | Sidang media pelakon Adi Putra bagi menjelaskan perkahwinan keduanya dengan janda anak satu pada Isnin bertukar panas apabila muncul bekas adik ipar isteri pelakon itu.

Wanita yang dikenali sebagai Nur Farah Ilyana, 25, bangun bertanyakan soalan tindakan Adi memburukkan abangnya selain mendedahkan nombor telefon bimbit lelaki dikenali sebagai Raziman itu di laman sosial Instagram miliknya baru-baru ini.
Nur Farah turut menjelaskan abangnya itu tidak pernah memuat naik sebarang luahan perasaan yang mendakwa bekas isterinya itu meninggalkan dia kerana Adi seperti mana tersebar di laman sosial sebelum ini.
“Kehadiran saya pada majlis ini cuma ingin menjelaskan abang saya tidak pernah membuat sebarang status untuk memviralkan luahan perasaan di Facebook mengenai rumah tangganya bagi mencari simpati atau publisiti seperti mana yang tersebar sebelum ini.
Nur Farah dikerumuni wartawan bagi mendapat reaksi lanjut sejurus selesai sidang media.
“Saya cuma ingin bertanya apakah motif Adi pula menyebarkan nombor telefon abang saya itu di Instagram? Tindakan itu telah memberi tekanan kepada abang saya kerana ramai yang menelefon dan menggangunya,” kata wanita itu.
Adi bagaimanapun tenang mendengar soalan daripada wanita berkenaan namun memberikan jawapan kurang jelas terhadap tindakannya itu.
“Adik mungkin lebih kenal abang sendiri dan ia mungkin mengaibkan dia pula.
“Saya tidak menyalahkannya dan jika benar dia difitnah ia sepatutnya dijelaskan kerana dia tidak bersalah.
Gambar perkahwinan Adi dengan isteri keduanya yang tersebar baru-baru ini.
“Kehadiran saya pada hari ini juga bukan untuk berdebat tetapi ingin memberi penjelasan pihak saya sahaja,” katanya.
Sementara itu, Nur Farah ketika ditemui selepas selesai sidang media berkenaan menjelaskan dia tidak berniat untuk membuat kecoh sebaliknya hanya ingin menjelaskan perkara sebenar tentang abangnya.
Bagaimanapun Adi meminta pihak media tidak meneruskan temubual bersama Nur Farah kerana wanita berkenaan tidak bersalah sebelum memintanya meninggalkan majlis.
Dalam perkembangan sama, Adi pada sidang media berkenaan mengesahkan sudah berkahwin buat kali kedua pada 20 Jun lalu di kediaman keluarga isteri keduanya itu yang dikenali sebagai Nur Shahida.
Bagaimanapun Adi enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai perkahwinan tersebut kerana ingin menjaga privasi kedua-dua isterinya selain ia melibatkan keluarga kedua-dua belah pihak.
“Perkara yang tersebar itu benar. Saya bernikah dengan isteri kedua pada 20 Jun lalu dalam satu majlis yang diadakan di kediaman isteri kedua tetapi saya tidak dapat dedahkan butiran lanjut,” katanya.
Nur Farah hadir kerana ingin memberi penjelasan mengenai tuduhan dilemparkan terhadap abangnya.
Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 35, berkata, dia berdiam diri sebelum ini bukan kerana ingin melarikan diri sebaliknya perlu melunaskan tanggungjawab terhadap keluarga terlebih dahulu sebelum tampil membuat penjelasan.
Malah katanya dia ada merancang untuk mendedahkan perkara itu kepada umum namun ia terlebih dahulu tersebar luas di media sosial.
“Saya tiada niat untuk merahsiakan kerana saya sedar status sebagai seorang selebriti, pergi ke mana pun orang tetap akan kenal.
“Cuma saya tidak sempat untuk kongsikan sendiri kerana ia telah tersebar namun saya tidak salahkan sesiapa,” katanya.
Bercakap lanjut mengenai perkahwinan tersebut, Adi berkata, ia bukan atas dasar perniagaan mahupun zuriat seperti diperkatakan sebalik dia menyifatkan ia sebagai anugerah.
Mengakui bukan mudah untuk berkahwin lebih daripada satu, Adi bagaimanapun menerima ketentuan itu dengan hati terbuka.
“Orang boleh kata apa sahaja kerana saya tidak boleh halang tetapi perkahwinan ini bukan kerana perniagaan atau pun anak.
“Anak tidak pernah menjadi isu di antara saya dan isteri pertama (Aida) kerana ia bukan hak kami untuk menentukannya,” ujarnya.
Adi tidak menafikan mengetahui status isteri keduanya ketika mula-mula mengenali wanita berkenaan.
Dalam perkembangan sama, Adi tidak menafikan mengenali isterinya itu ketika wanita berkenaan masih berstatus isteri orang.Adi berkata dia sedar dengan tanggapan masyarakat melabelnya sebagai perampas namun menganggap ia hak masing-masing.
“Saya berkenalan dengannya sekitar tujuh atau lapan bulan lalu ketika dia masih berstatus isteri orang namun saya tidak ambil tahu apa masalah rumah tangga mereka.
“Tiada siapa yang ingin jadi seorang perampas dan jika itu label diberikan oleh masyarakat itu hak mereka.
“Saya tetap dengan pendirian sendiri bahawa perkahwinan ini sebagai satu anugerah,” katanya.

The post Sidang Media Adi Putra Jadi KECOH ! Wanita Ini Beri Soalan Yang Adi Putra Tak Boleh Jawab appeared first on Media Sensasi - Isu Semasa, Informasi Terkini Dan Pelik-Pelik.






Mukah Pages membawa cerita sensasi Gidei-Giyen-Ginan!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.