5 Cara Menghukum Anak yang Tidak Dibenarkan Dalam Islam
Anak-anak merupakan amanah Allah. Kita perlu mendidik dengan sebaiknya semenjak kecil lagi supaya apabila besar kelak menjadi anak yang soleh dan sentiasa taat kepada Allah, Rasul dan ibu bapa.
Dalam mendidik anak ketegasan adalah perlu demi memastikan anak yang sedang dibentuk tidak menjadi degil, keras kepala atau selalu hendak menang sahaja. Jadi bagaimana kita boleh menjadi ibu bapa yang tegas tanpa menggunakan kekerasan yang melampau.
Pukul anak juga perlu dilakukan jika anak terlalu nakal atau tidak menghormati agama dan ibubapanya. Dalam islam ada diajarkan bagaimana cara mahu memukul anak jika terpaksa.
Kenapa perlu dipukul anak
Di dalam Islam, memukul adalah tindakan paling akhir sekali sekiranya segala nasihat, tunjuk ajar serta ancaman tidak memberikan apa-apa kesan terhadap anak. Sebelum dijatuhkan hukuman, perkara-perkara berikut perlu diambil kira:
1.Kaji apa kesalahan anak dan cubalah berlembut dahulu.
2. Tengok dulu bagaimana tabiat anak yang membawa kepada kesalahan tersebut. Ada anak hanya jegilkan mata sudah mengetahui salahnya, ada anak yang lain kena membebel baru faham. Jadi kenalpasti apa tabiat anak dan berikan hukuman setakat yang dia mampu terima.
3. Mengenakan hukuman dan denda adalah jalan yang paling akhir sekali. Jadi, sebelum peringkat denda dan menghukum, anak-anak mesti melalui proses pemahaman dahulu. Mereka perlu ada contoh tauladan yang baik di rumah dan sentiasa mendapat tunjuk ajar daripada ibu bapa..
Jadi, sudah jelas di sini bahawa, di dalam Islam, ibu bapa dibenarkan untuk mendenda atau memukul anak tetapi mempunyai syarat-syarat yang telah dinyatakan di atas tadi.
Cara menghukum anak menurut Islam
1. Memukul wajah
Rasulullah S.A.W melarang memukul muka berdasarkan sabda Baginda yang bermaksud, “Jika salah seorang dari kamu memukul, maka hendaknya dia menjauhi (memukul) wajah.”
2. Menampakkan kemarahan yang sangat
Ini juga dilarang kerana bertentangan dengan amalan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Bukanlah orang yang kuat itu diukur dengan kuatnya dia berlawan, tetapi orang yang kuat adalah yang mampu menahan dirinya ketika marah.”
3. Memukul di dalam keadaan sangat marah
Dari Abu Mas’ud al-Badri, dia berkata, “(Suatu hari) aku memukul budakku (yang masih kecil) dengan cemeti, maka aku mendengar suara (teguran) dari belakangku, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud!’ Akan tetapi, aku tidak mengenali suara tersebut kerena kemarahan (yang sangat). Ketika pemilik suara itu mendekat dariku, maka ternyata dia adalah Rasulullah S.A.W dan Baginda berkata, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud! Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud!’ Maka aku pun melempar cemeti dari tanganku, kemudian beliau bersabda, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud! Sesungguhnya Allah lebih mampu untuk (menyeksa) kamu daripada apa yang kami seksakan terhadap budak ini,’ maka aku pun berkata, ‘Aku tidak akan memukul budak selamanya setelah (hari) ini.”
4. Bersikap terlalu keras dan kasar
Sikap ini jelas bertentangan dengan sifat lemah lembut yang diajar oleh Islam sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Barangsiapa yang terhalang dari sifat lemah lembut, maka dia akan terhalang dari mendapat kebaikan.”
5. Memukul dengan benda keras sehingga berbekas
Ini juga dilarang oleh Rasulullah S.A.W. Sebaik-baiknya gunakan rotan yang tidak boleh mendatangkan kecederaan dan berbekas pada kulit. Menghukum dengan rotan dibolehkan dengan tujuan untuk memberikan peringatan kepada anak.
Sumber : Oh My Media TV
Post a Comment