Hina Haron Din: DAP Perak Sahkan Ong TK Adalah Penyokong Parti
Sumber DAP Perak semalam mengesahkan bahawa pengguna Facebook dengan nama Ong TK yang ditahan polis berhubung komen berbaur negatif dan menghina Islam dalam posting berkaitan kematian bekas Mursyidul Am PAS, Haron Din, adalah penyokong parti tersebut.
Menurut laporan beberapa media utama, pemilik nama Ong TK adalah seorang ahli perniagaan berusia 69 tahun berasal dari Mengelembu Perak.
Sehubungan dengan itu, DAP Perak akan mempertimbangkan untuk memberi bantuan guaman kepada Ong TK jika mendapat permintaan daripadanya. Ini samalah halnya seperti DAP menghantar ADUN DAP Sri Delima, RSN Rayer untuk mewakili ahli parlimen DAP Jelutong, Jeff Ooi dalam kes yang sama di Penang.
Malah DAP secara keseluruhannya akan turut mengambil kira beberapa orang lagi yang ditahan dibeberapa tempat lagi seperti seorang di Johor dan Kuala Lumpur untuk diberikan bantuan guaman memandangkan parti tersebut mempunyai begitu ramai peguam yang menjadi ahli partinya.
DAP sekarang secara tidak langsung menjadi platform untuk para peguam di Malaysia, memantapkan kebolehan mereka dalam bidang politik.
Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2di6c5t
Post a Comment